Blogging,  Fun With Kids,  Homeschooling,  Parenting

RoadSchooling: Pasar Pagi


Hana belajar aktiviti di dapur harini dengan roadschooling di pasar pagi beli ayam. Oleh kerana Hana suka makan sup ayam jadi hana perlu tahu harga semasa ayam dan kat mana tempat jual ayam murah! hehe

EXPLORE DUNIA SEKITAR

Hana ke pasar dengan abah hari ini. Orang sini panggil Nat. Macam-macam yang dijual disini. Dari yang biasa-biasa sampai yang luar biasa. Kalau dulu rimas nak bawa anak-anak ke tempat macam ni. Takut anak-anak minta macam-macam, meragam dan lain-lain tapi jika kena dengan cara, banyak anak-anak boleh belajar dari aktiviti ke pasar pagi ni.

Antara tips nak bawa anak keluar ke pasar ni:

  1. Terangkan dulu pada anak di rumah tujuan nak ke pasar. Contohnya “Harini Hana ikut ibu ke nat/pasar, kita belajar pasal ikan, sayur dan buah-buahan. Lepas tu kita nak beli barang untuk masak! Hana nak tolong ibu masak?”
  2. Elakkan lalu di kawasan gerai yang anak jual mainan. (depends pada anak) Selalunya, anak sulung saya jarang minta mainan, jika minta pun saya akan terangkan, “mainan faqeh dah banyak di rumah,faqeh  kena kosongkan ruang di rumah dulu baru boleh fikir beli mainan baru.” . Jadi selalunya Faqeh akan beri solution untuk jual mainan dia supaya dia dpt beli mainan baru. haha!
  3. Untuk Hana, saya memang akan elak dari lalu kawasan gerai mainan sebab memang dia akan sebut dan minta, jangan di layan, terus jalan dan ubah topik. Contoh: “Hana, jalan cepat, kita nak tgk sayur apa yang ada”. Sampai tempat sayur terus tanya Hana, “Hana tahu tak ni sayur apa?” Distract fikiran anak dengan topik baru. Selalunya berkesan tetapi taktik ni akan gagal jika kita stop di gerai mainan, tengok mainan tapi tak beli! haha.
  4. Breakfast sebelum ke pasar. Selalunya anak kurang meragam kalau perut kenyang. Elak juga menonton tv program kanak-kanak jika nak buat aktiviti roadschooling ni, sebab selalunya anak dah mula rasa tak mahu keluar sebab nak habiskan tengok tv. 
  5. Jangan lupa libatkan anak ketika jual beli barang di pasar. Biar anak hulurkan duit dan terima baki dari penjual. Anak-anak akan rasa teruja. Sambil-sambil anak belajar tentang kira-kira duit dan adab dalam berjual beli, jangan lupa ucap terima kasih dan “saya beli”.
  6. Ajar anak untuk bawa barangan yang ringan ikut kesesuaian umur dan sebagai ganjaran sesekali belikan la juga makanan/minuman/barang kegemaran anak. 
  7. Ada masa-masa saya juga berhadapan situasi anak minta barang yang saya tak izinkan beli. Selalunya saya akan terangkan kesan kenapa barang tersebut tak boleh dibeli. 

Ini antara tips yang kami guna untuk bawa anak ke pasar. Pendekatan ibu-bapa mungkin berbeza. Moga-moga pendedahan yang kita beri lebih awal kepada anak-anak memberi manfaat kepada mereka. 

Oh ya, lagi satu jun nak share supplemen yang jun bagi pada anak-anak jun. Hana ni ada mild eczema. Asal dulu banyak benda tak boleh makan, santan, hazelnut, susu lembu, kekacang, akan naik merah2 penuh mulut. Ada juga jenis2 antibiotik yang Hana tak sesuai akan naik gegata juga. Lain-lain simptom jika tak jaga pemakanan yang betul, memang Hana akan tergaru-garu. Jadi penuh la kesan luka garu di kaki dan tangan dia.

Sebagai mak-mak ni, kita risau kalau anak mula tergaru2 ni tambah lagi anak perempuan kan. sebab luka tu tinggalkan parut. So sejak kami consume shaklee kami pergi kelas-kelas nutrisi, lebihkan pembacaan dan jaga pemakanan, memang nampak perbezaan ketara di kulit Hana.  Ni antara yang kami buat:


Beri minyak ikan omega 3. Kami gunakan Omega Guard Shaklee sebab membantu mengurangkan kulit kering pada anak saya.
Pernah satu malam Hana menangis x boleh tidur tergaru2. Dah bukak baju masih tergaru2. Baru perasan yang cadar dan baju dibasuh dengan sabun biasa di kedai. Sejak tu kami bertukar kepada Fresh Laundry Shaklee dan Basic H.

Kulit Hana ni sensitive, kadang-kadang bila kita mop lantai pakai sabun biasa, lepas tu Hana main dan bergolek2 di lantai mula la nampak dia tergaru2 kaki tangan. So basic H ni banyak bantu la masalah kami di rumah ni. Kalau dulu saya tak berkenan nak pakai pencuci yang tak ada bau wangi, tapi sekarang ini lah yang saya guna hari-hari demi anak-anak.

Kami perasan yang pemakanan juga mainkan peranan kepada kulit yang sihat.

Untuk anak saya, saya pilih untuk KURANGKAN (kadang2 terlepas jugak) pengambilan makanan proses, bergula, lebih pewarna dan lain-lain.

Memang saya nampak beza sebelum dan selepas control pemakanan ini. Jadi ibu-ibu, jagalah pemakanan anak-anak. Jika tak boleh elakkan terus, kurangkan pengambilan makanan-makanan junk food untuk anak-anak. Bukan sekadar untuk kesihatan badan tapi juga untuk kecerdasan otak. Salah satu kesan lebihan gula adalah menyebabkan anak terlebih aktif. Ini lah yang berlaku pada anak-anak saya sebelum ini. Gitu.. Apa pun ibu bapa boleh tambah kan lagi pembacaan atau masuk group-group support untuk dptkan lagi info jika berminat. Semoga bermanfaat untuk semua

Leave a Reply

Translate »