Produk Shaklee,  Set Berpantang

APAKAH SET BERPANTANG PERTAMA YANG ANDA PERNAH GUNA?

Jun masa berpantangkan Faqeh dulu bukan satu tapi Jun guna 2 set berpantang, Set Berpantang Mustika Ratu dan lagi satu set berpantang HPA.

mustika_ratu_jamu-selapan
setbersalin-1

Masa ni mak Jun nak Jun guna set JAMU INDONESIA. Elok untuk dalaman kata mak. Set HPA ni pulak suami Jun yang belikan. Jadi dua-dua Jun guna lah cuma kedua-duanya pun tak habis guna.

Biasanya untuk anak pertama agak susah untuk ibu-ibu putuskan set berpantang yang serasi dengan diri masing-masing kan? Apatah lagi jika tiada sumber untuk di rujuk.

Selepas Jun menggunakan set Mustika Ratu ini baru lah Jun tahu yang Jun tidak berapa serasi untuk set berpantang jenis jamu atau herba yang panas. Bukan semua orang sesuai dengan jamu apatah lagi jika kurang pula minum air.

Kedua-dua set ini ada jamu dan kedua-dua nya juga bila Jun cuba makan Jun alami sakit kepala yang teramat sangat. Akhirnya panadol juga yang Jun cari.

Tapi Jun suka set Mustika Ratu yang perlu digunakan untuk luaran. Bau herba nya memang seperti suasana orang berpantang! haha.

Bagi set HPA pula minyak sapu nya juga Jun suka! cuma tidak begitu serasi juga dengan jamu HPA walaupun diambil dalam jarak selepas berpantang.

=====================================================================

BENGKUNG

images-2

Bagi ibu-ibu PLUS SIZE jun sarankan untuk MENEMPAH BENGKUNG dan BUKANNYA membeli readymade terutamanya ibu-ibu plus size XXL ke atas!

Jun mengalami masalah mengikat bengkung kerana tak sampai tali untuk diikat! haha PLUS SIZE SGT!

Ini cerita serius tau ibu-ibu! Jun dah ada DUA bengkung yang Jun tak boleh guna kerana tali yang tidak cukup panjang! kecuali ibu-ibu perlu ambil inisiatif untuk menyambung tali supaya lebih panjang dan boleh ikat!

Alternatif lain yang lebih mudah Jun sarankan beli saja CORSET dan GIRDLE untuk dipakai sepanjang tempoh berpantang! Ini lebih praktikal bagi ibu-ibu yang berbentuk badan pear dan Plus Size.

================================================================

SET BERPANTANG KESUKAAN JUN!

Bila masuk anak kedua, Jun rasa lebih yakin sikit untuk membeli set berpantang. Kali ini selepas dibuat survey dan bertanyakan orang lain, Jun yakin untuk menggunakan SET BERPANTANG TANAMERA dan SET BERPANTANG SHAKLEE.

tanamera

SET BERPANTANG TANAMERA ini Jun beli set untuk kegunaan luaran sahaja dan untuk dalaman Jun fokus menggunakan SHAKLEE sahaja sebab selepas berjumpa dengan doktor, Jun rupanya memang tidak berapa sesuai untuk mengambil jamu atau makanan tambahan yang terlalu panas.

awas-2

Bagi set berpantang SHAKLEE Jun gunakan full set dengan tambahan VIVIX! Jun ada testimoni sendiri untuk vivix ketika berpantang! Nanti next entry Jun share ye.

Set Tanamera memang Jun sangat puas hati dan suka untuk kegunaan luaran. Sangat best! Ibu-ibu boleh beli loose item juga kalau tak silap Jun.

Set Shaklee pun Jun suka dan sangat menjimatkan sebabnya Jun memang gunakan set HAMIL shaklee juga jadi Jun hanya perlu tambah alfalfa sahaja untuk set berpantang!

Jangan lah takut kalau tengok banyak pulak yang nak kena telan, hihi, sebenarnya ibu-ibu boleh dapatkan set berpantang Shaklee mengikut bajet sendiri.

Cumanya Jun cadangkan untuk ibu-ibu PASTIKAN ada OSTEMATRIX, VITA C dan B COMPLEX dalam set bajet tersebut. Walaupun VITALEA, ZINC, ALFALFA dan ESP juga sama penting tapi pada pandangan peribadi Jun 3 item tadi adalah yang wajib tidak boleh tidak, perlu kita ambil.

Bukan apa, berdasarkan pengalaman Jun, bila Jun kurangkan pengambilan ostematrix kalsium, lama kelamaan Jun perasaan gigi akan menjadi jarang. Selepas sedar gigi depan dah semakin jarang baru Jun konsisten kan pengambilan kalsium semula.

a897

Bukan itu saja, kebiasaan ibu-ibu berpantang juga akan mengalami sembelit tahapnya masing-masing tahu sendiri, ada yang biasa-biasa ada juga sampai tahap menangis di dalam toilet! Jadi bila ibu-ibu pastikan pengambilan ostematrix ini ia membantu mengurangkan risiko sembelit ketika berpantang.

??

Bahasa mudahnya ostematrix shaklee membantu menyerap air dan memudahkan proses pembuangan tanpa mengalami sembelit yang menyakitkan!

cara-mengobati-sakit-gusi-berdarah_1

Ketika berpantang kebiasaanya ibu-ibu akan menyusukan bayi dengan susu ibu, jadi segala zat makanan akan disalurkan kepada bayi. Jadi jika ibu-ibu mengabaikan pengambilan supplemen tambahan yang penting ini bimbang untuk ibu berhadap dengan risiko lain pula. Contohnya kekurangkan vita C dalam badan ibu berpantang bukan sahaja boleh akibatkan gusi menjadi lemah dan berdarah bahkan mengurangkan kekuatan sistem pertahanan badan.

Seeloknya ketika berpantang ibu-ibu perlu elakkan diri dari terkena demam atau sebarang penyakit yang lain. Oleh itu Jun wajibkan vita C untuk supplemen yang wajib Jun ambil ketika berpantang. Jun yakin ibu-ibu lain juga perlu begitu.

12187787_1070045936352865_4210567192475385981_n

Selain vita c, ostematrix dan alfalfa, B COMPLEX juga jun wajibkan untuk Jun ambil ketika berpantang bahkan sehingga sekarang pun, kerana pengalaman Jun mengalami kemurungan ketika berpantang dan kesannya selepas Jun mengambil B complex sangat membuatkan Jun untuk sarankan ibu-ibu mengambil juga vitamin penting ini.

B complex ini boleh membantu mengelakkan ibu berpantang daripada rasa stress, tekanan, emosi yang tidak stabil, selain itu b complex juga membantu memberikan kesegaran kepada ibu walaupun perlu berjaga di waktu malam. Ini lah sebabnya juga B complex menjadi salah satu item untuk set belajar kerana kelebihannya memberikan tenaga berpanjangan kepada kita. Serius, ini bukan cerita tipu!

Jika kita tengok pula keratan akhbar di atas, ingin Jun sarankan untuk ibu-ibu ambil B complex dan Alfalfa sebagai item wajib di dalam set berpantang. Jun tak mahu komen berkenaan keratan akhbar tersebut kerana kita tidak tahu apa yang di alami oleh si ibu.

Cukup untuk Jun katakan, B complex + Alfalfa adalah kombinasi yang baik bagi ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu DISAMPING sokongan daripada orang sekeliling dan faktor-faktor lain yang memainkan peranan.

Apa pun, Jun pasti ibu-ibu mahukan yang terbaik untuk bayi dan diri sendiri. Buat rujukan dan pilihan yang terbaik. Selamat menjalani saat berpantang dengan gembira, semoga perkongsian Jun ini memberikan manfaat untuk semua.

=================================================================

CARA ORDER SET BERPANTANG:

Bagi yang ingin mendapatkan set berpantang Asas iaitu B COMPLEX, VITA C, OSTE dan ALFALFA. Boleh terus dapatkan di link bawah:

order-now

Pembayaran boleh di buat menggunakan credit card atau debit card.

Bagi yang memerlukan konsultasi daripada kami, anda boleh hubungi kami di 0125771905(jun) atau 0177523084 (Hafiz)

Konsultasi adalah percuma. Jun sedia berkongsi pengalaman dengan anda. 🙂

savemoremoney

ANDA JUGA BOLEH JIMATKAN LEBIH WANG DENGAN MENJADI AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI YANG JAUH LEBIH JIMAT!

DENGAN HANYA RM75 ANDA LAYAK MENDAPATKAN HARGA AHLI YANG MENGUNTUNGKAN ANDA!

Leave a Reply

Translate »