Blogging

Just Keep Swimming – Jalan Terus

Post kali ni bukan la bermaksud untuk berikan kata-kata motivasi , tapi lebih kepada peringatan kepada diri sendiri dan sekiranya memberi manafaat boleh juga kepada pembaca semua.

Setiap dari kita mesti pernah melalui saat-saat getir, masa jatuh cumanya berbeza-beza ujian kita. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, ada diuji dengan masalah kesihatan anak dan ada juga yang diuji dengan kerjaya.

Tak kira, kaya, miskin, kurus, gemuk, tinggal di bandar atau di kampung semua pasti pernah melalui ujian dalam hidup. Kadang-kadang kita tengok ujian seseorang tu tak la berat mana bagi kita, tapi bagi dia itulah ujian terberat dalam hidup kita.

Cuma perlu diingat, proses diuji ini sebenarnya nak jadikan kita lebih kuat. Allah bagi ujian pada kita supaya nanti ke depan kita dapat lalui ujian yang sama dengan lebih mudah. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Sabar dan tenang. Bersangka baik dengan Allah.

Kadang-kadang kita rasa beratnya ujian ni, aku tak nak diuji sebegini. Tetapi kita tak tahu rahsia Allah. Dia dah sediakan yang terbaik untuk kita sebenarnya.

Dalam perjalanan hidup saya juga banyak ujian. Tetapi banyak kali juga saya sedar, saya diuji rupa-rupanya Allah nak bagi lebih baik. Paling tidakpun apa yang kita nak tak dapat, tapi Allah nak bagi pada masa dan keadaan yang sesuai.

Jadi, jika saat ini anda diuji, jangan fikir jauh-jauh. Nikmati dan hargai apa yang ada sekarang. Tetap kekal tenang dan sabar. Senyum sebab percayalah pasti akan ada berita baik akhirnya.

#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

49 Comments

Leave a Reply

Translate »