Blogging

Set Hello New You Mengubah Saya

Kalau bercakap tentang berat badan, boleh dikatakan kebanyakkan rakyat Malaysia ada masalah berat badan. Ada yang ambil peduli dan tak kurang juga yang berpegang teguh dengan biar gemuk tapi sihat. Ha gitu quotes nak sedapkan hati. Kenapalah tak jumpa Set Hello New You awal-awal.

Saya salah seorang penyumbang kepada statistik obesiti Malaysia. Dulu waktu remaja memang saya kurus kering. Pernah berdoa untuk jadi gemuk sebab malu sangat dengan badan boleh nampak tulang rangka.

Dipendekkan cerita, lepas habis sambung Ijazah, masa tu la berat badan saya mula naik sedikit demi sedikit. Dah mula perasan baju dan seluar bertukar size tapi tak ambil tahu pun sebab memang tak ada pendedahan tentang penjagaan kesihatan. Asalkan boleh berjalan, badan tak letih, boleh teruskan hidup macam biasa maksudnya aku ok.

Sehinggalah saya dah rasa badan besar sangat. Waktu ni berat rasanya dah mencecah 97 KG dan tak mustahil mungkin pernah cecah 100 KG. Dah la belum kahwin, badan besar mengalahkan orang dah kahwin 10 tahun.

Azam nak turunkan berat tu ada, tapi ye la azam turunkan berat tu kenalah renew setiap tahun kan kan kan.

Tahun berganti tahun, dari sebelum kahwin anak dah masuk tiga orang. Masa berjalan. Umur makin meningkat baru terasa seksanya berbadan besar. Nak cari pakaian susah, saya lebih selesa pakai kain pelikat dan jubah kalau ke mana-mana. Solat pun dah susah. Pergerakan sangat terbatas. Nak buat aktiviti lasak memang saya tolak tepi la.

Leader Master Farihah masa tu dah mula bising (baca ambil berat :P) tentang keadaan saya masa tu. Ye lah dia dah mulakan program Hello New You dan dah hilang berkilo-kilo.

Beliau cabar saya untuk turunkan berat dengan Set Hello New You. Bermula Julai 2022 saya mula ambil tiga pendekatan. Yang pertama, jaga pemakanan dan buat Intermittent Fasting. Yang kedua, senaman dan yang ketiga, guna set hello new you.

Memang displin habis la masa ni. Sebelum ni saya pernah guna pelbagai cara untuk turunkan berat. Atkins, IF, detox sebut saja saya pernah buat. Tapi tak kekal lama sebab result kurang memberangsangkan.

Tapi lepas diguide dengan betul dan buang jauh jauh statement boleh kurus tanpa senaman tu, saya mula dapat result yang sangat positif. Saya hilang 14KG!

Tak pernah terfikir saya akan kembali kepada berat masa umur 20-an. Hidup saya memang berubah. Kalau dulu malas nak pakai seluar sebab ketat tak selesa, sekarang duduk dalam rumah nak solat pun boleh pakai seluar dengan selesa. Kesihatan meningkat, rasa lebih bertenaga. Badan terasa ringan dan yang paling penting sekali dah tak susah nak cari baju.

fbt

Jadi bagi yang betul nekad nak turunkan berat, boleh hubungi saya dan saya akan guide apa yang saya buat. InsyaAllah mudah, berkesan dan tak jemu.

Jom sama-sama kita ke arah kesihatan yang lebih baik.

Bila tengok gambar lama-lama, insof!

Leave a Reply

Translate ยป