Blogging,  Shaklee

PELUANG BISNES ONLINE TERBAIK 2023

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog hafizjuniza.com.

Semoga semuanya berada dalam kesihatan yang baik, bahagia di samping orang tersayang dan saya doakan semua dipermudahkan segala urusan seharian.

Sekejap je rasa kita dah nak masuk fasa terakhir Ramadan. 10 hari terakhir. Masa ni masing-masing dah sibuk dengan persediaan Aidilfitri dan dalam masa yang sama sibuk dengan persediaan berakhirnya Ramadan.

Jangan lupa ya tunaikan kewajipan kita membayar zakat fitrah tahun ini. Kadar zakat fitrah boleh layari laman web Institusi Zakat mengikut negeri masing-masing.

Kami menetap di Kedah jadi kadar bayaran zakat fitrah ada tiga kategori mengikut jenis beras yang di makan sehari-hari.

Bila sebut tentang persediaan raya, apa yang terbayang di fikiran adalah baju raya, kuih raya, persiapan bahan-bahan untuk menu di pagi raya dan macam-macam lagi. Sudah tentu semua ini memerlukan kos. Tambah pula harga barangan sekarang tak lagi macam dulu. Kalau 10 tahun lepas baju Melayu dewasa yang berkualitu boleh dapat dalam harga RM80 ke bawah. Tapi kali ni semua mencecah RM200. Untunglah bagi yang ada kemahiran menjahit. Jimat kos!

Insyallah post kali ini saya nak kongsi tentang bisnes online terbaik yang pernah saya ceburi sejak hampir 15 tahun melibatkan diri dalam perniagaan online.

Pada tahun 2007 saya pernah membaca buku karangan jutawan internet terkenal Tuan Irfan Khairi bertajuk Jutawan Internet. Waktu tu saya sedang belajar di Indonesia. Bermula dari situ la saya mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan di Internet.

Sebut saja apa jenis perniagaan internet yang saya pernah buat. Bermula dari menjadi dropshipper Vitamin C keluaran tempatan, menjual tudung, menjual merchandise di platform E-Bay, menjual barang dari UK, menjual produk-produk bayi, produk kesihatan lelaki pun ada.

Tapi boleh dikatakan semua yang saya buat tu kurang berjaya tetapi saya bersyukur sebab itu adalah proses pembelajaran saya yang tiada di ajar di universiti.

Saya tinggalkan semua tu sebab ada rasa kurang tenang dan ada sebab yang pasaran kurang memberangsangkan. Sebagai contoh menjual merchandise di platform E-bay. Memang pendapatan kita dalam USD dan agak menguntungkan tetapi bila mengenang tentang berkat (sebab waktu tu saya jual merchandise filem filem yang top tapi tanpa kebenaran) saya tinggalkan.

Sehinggalah pada satu hari saya secara tak sengaja berjumpa dengan satu company bernama Shaklee melalui Master Leader saya Master Coordinator Nini Muhammad. Kebetulan Master Nini ni jiran saya.

Bila saya dapat tahu company Shaklee ni MLM ada sedikit keraguan. Ye la, kita kan selalu dimomokkan dengan MLM scam, MLM cari orang je orang atas untung. Macam-macam lagi la. Tapi bila mengenangkan MLM ni dikawal oleh Akta Jualan Langsung buat saya lagi tertanya-tanya. Kalau benda tak betul kenapa ada akta? Adakah ada orang atau syarikat yang memanipulasikan sistem MLM sedangkan mereka lebih ke arah sistem piramid atau binary sistem yang terang-terang tak patuh syariah.

Jadi setelah saya mendapat penjelasan dengan lebih dari leader-leader barulah saya tahu macam mana marketing plan Shaklee berjalan. Tidak ada satu istilah penindasan pun. Takde pulak nak kena beli barang beribu-ribu. Nak mulakan perniagaan cukup dengan menjadi ahli pada waktu itu RM65. (sekarang RM35 sahaja)

Sebenarnya bisnes Shaklee ni dah lebih 30 tahun di Malaysia cuma secara online pernah meletup sekitar tahun 2014. Masa tu zaman-zaman blog dan sekarang ramai yang aktfi di media sosial. Ini bukti bisnes Shaklee releven sepanjang zaman. Ahaks.

Baik di sini saya nak kongsi 7 sebab kenapa Shaklee bisnes online terbaik pernah saya ceburi.

1. SISTEM WEBSITE YANG MUDAH DAN BOLEH AKSES DI MANA-MANA

Saya sangat kagum dengan usaha Shaklee untuk sentiasa upgrade sistem website mereka supaya sentiasa mesra pengguna. Cadangan-cadangan kami untuk penambah baikan sistem website di ambil berat.

Kos untuk penyelenggaraan untuk sistem website begini bukanlah murah tapi untuk memudahkan semua SID, Shaklee sanggup laburkan kos yang tinggi.

Dari sistem website ni kita boleh buat pembelian barang Shaklee, pendaftaran ahli, pengurusan maklumat ahli-ahli rangkaian kita, alamat-alamat pelanggan, bahan-bahan marketing, info terkini, slip bonus dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan asalkan ada akses kepada internet kita boleh jalankan bisnes Shaklee dari mana-mana sahaja.

Paparan yang sangat mesra pengguna

Pembelian boleh dibuat melalui sistem website

Bahan bahan marketing disediakan oleh Shaklee boleh diakses terus di sistem webiste.

2. SISTEM DROPSHIP YANG SANGAT MUDAH

Pengalaman saya dengan dunia dropship tak sehebat pengalaman saya dengan Shaklee. Kalau dulu dropship sistemnya tak berapa mesra pengguna. Tiada report sales, nak cari tracking shipping pelanggan. Jadi biasanya kita tak nampak pun duit untung tu ke mana.

Proses kerja Shaklee, kita dapat order dari pelanggan, kita buat order di sistem web dan masukkan alamat pelanggan, buat bayaran dan siap!

Shaklee akan uruskan packing dan penghantaran. Segalanya diupdate di sistem web Shaklee. No tracking dan juga maklumat barang dah sampai atau belum. Maklumat pelanggan automatik disimpan dalam sistem. Nanti nak buat order tak perlu isi lagi. Mudah kan?

Sebab tu bisnes Shaklee ni selagi mana ada internet boleh dijalankan di mana-mana. Terbukti ada yang jalankan bisnes Shaklee dari luar negara.


3. KELAS & COACHING SECARA ONLINE

Semua kelas dan coaching secara group atau personal semua dijalankan secara online. Sekarang dah mudah, banyak platform online yang boleh dimanafaatkan. Kalau tak sempat secara LIVE ada yang disediakan secara rakaman. Mudah kan? Tak perlu tinggalkan rumah.


4. MODAL MINIMA (RM35)

Ini paling best. Untuk mulakan bisnes Shaklee cukup sekadar bayar yuran keahlian RM35. Terus kita dibekalkan ID untuk login ke sistem web Shaklee. Jika beli produk tertentu boleh dapat keahlian percuma.

Contoh bulan ini ada Set Rahmah, ESP dan Vita-C Shaklee hanya RM99 sahaja. Jimat RM132. Untuk set Rahmah ini percuma keahlian.


5. TIDAK PERLU LAMBAKAN STOK

Tidak ada ditetapkan minimum kuantiti untuk pembelian produk Shaklee dan untuk dapat harga ahli.

Walaupun beli 1 produk sahaja, tetap akan dapat harga ahli. Nak buat pembelian di sistem website tiada minimum kuantiti.

Dulu saya pernah jual cakar ayam. Tapi nak jadi ejen perlu beli kuantiti tertentu. Akhirnya produk tak terjual. Rugi kos untuk stok barang.


6. SESUAI UNTUK SURI RUMAH ATAU YANG BEKERJA

Jika lihat point 1-5 dah boleh simpulkan bisnes online Shaklee ni sangat sesuai untuk suri rumah atau yang bekerja.

Kekangan bagi suri rumah sudah tentu susah nak ke pejabat pos atau nak ambil stok di mana-mana. Sebab kebanyakkan masa mereka ada di rumah menguruskan rumah tangga.

Jadi dengan bisnes online Shaklee dan disokong oleh sistem website Shaklee yang mudah sangat-sangat membantu. Bisnes hanya di hujung jari!

Bagi yang bekerja, masa bekerja sukar untuk kita beri komitmen masa untuk jalankan perniagaan secara offline dan tak semua bisnes online.

Saya pernah berpengalaman menjalankan bisnes online Shaklee semasa masih bekerja. Waktu rehat dan waktu selepas kerja saya manfaatkan untuk uruskan marketing dan pelanggan.

Tak perlu terkejar-kejar untuk buka kedai atau seumpamanya. Waktu itu saya tetap maintain dapat income 4 angka. Tengah bulan dapat bonus Shaklee, hujung bulan dapat gaji kerja hakiki. Tak pening-pening dah tengah bulan


7. BONUS DI UPDATE SETIAP HARI (INDIKATOR TARGET)

Setiap sales kita sentiasa diupdate oleh sistem web Shaklee. Jika kita tahu berapa bonus semasa dan berapa yang perlu untuk kita capai target tertentu.

Bonus payment slip pun disediakan dan slip ni diterima jika kita nak buat urusan pinjaman rumah atau kereta.


7 sebab kenapa saya minat dengan bisnes online Shaklee dan ini juga membuatkan saya selesa dan kekal dengan bisnes Shaklee.

Jadi bagi anda yang nak maklumat lanjut nak tahu lebih mendalam lagi tentang bisnes online Shaklee boleh whatsapp saya di sini.


Hafiz Juniza
Shaklee Business Leader
Sihat Harmoni Network

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023


Leave a Reply

Translate »