Blogging

Rahsia Vitamin Kulit Yang Ramai Tak tahu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah dah setengah bulan kita berpuasa. Terasa puasa kali ni cepat je berlalu. Sedar-sedar dah dengar lagu raya sana sini. Orang dah mula update nak pakai baju raya warna apa, nak beraya di mana dan ada juga yang trauma raya tiba-tiba.

Kali ni saya nak kongsi tentang Vitamin Kulit yang ramai orang tak tahu. Tapi vitamin kulit ni ramai penggunanya. Cuma ye lah mungkin ramai tak cakna tentang kepentingan vitamin untuk penjagaan kulit.

Paling best untuk Vitamin Kulit ni ada kejutan luar biasa di akhir post. Baca sampai habis ye.

Ye betul. Penjagaan kulit ni bukan dari luar je, tapi dari dalam pun penting. Jadi dalam post kali ni saya nak share dua jenis vitamin yang sangatlah penting dan basic untuk penjagaan kulit.

Ada dua jenis vitamin yang sangat penting untuk kulit iaitu Protein dan Vitamin C dan kedua-duanya ada dalam produk Shaklee iaitu ESP dan Vita-C Plus Shaklee.

Pengenalan pertama saya dengan Vita-C Plus Shaklee sebab nak habiskan vitamin isteri (tak nak membazir). Lepas dah consume baru belajar tentang manafaat vitamin c untuk kita. Salah satunya adalah untuk buatkan kulit muka kita tidak kusam. Dulu memang kulit muka saya kusam, tengok macam orang sakit walaupun kulit saya bebas jerawat. Dengan Vita-C Plus Shaklee ni la baru perasan kulit muka ‘nampak hidup’. Diri sendiri je yang tahu keadaan diri kita kan?

Jadi di bawah ni saya huraikan lagi tentang Vita-C Plus Shaklee.

KEPENTINGAN PENGAMBILAN VITAMIN C

Kenapa pentingnya ambil vitamin C setiap hari ?

Sebab utamanya adalah vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita.

Badan kita pula perlu mendapat vitamin C setiap hari kerana vitamin C bantu tingkatkan ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit dan membekalkan antioksidan yang dapat membantu kurangkan risiko kerosakan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam badan.

Radikal bebas ini jika tidak dikawal dan tidak dapat ditampung oleh badan akan membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu penyakit kronik seperti kanser.

Apakah faktor penghasilan radikal bebas di dalam badan ?

Pencemaran udara yg melepaskan bahan-bahan kimia seperti asap rokok, kenderaan dan sebagainya.


Pencemaran air.


Segala bahan pewarna dan bahan pengawet yang terdapat di dalam makanan, makanan atau tumbuhan yg telah melalui proses ubah suai genetik (GMO).


Tekanan hidup yang tinggi disebabkan oleh masalah kerja, masalah kewangan, dan sebagainya.


Semua faktor-faktor ini menyumbang kepada rembesan radikal bebas dan bertindak sebagai bahan perosak terhadap sel-sel badan kita.

So jelas pentingnya pengambilan vitamin C dalam makanan seharian kita dan untuk memastikan kita mendapat vitamin C yang cukup, perlu topup dengan supplement vitamin.

KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS DARI SHAKLEE

  1. Dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung
    Sustained Release Vita-C Plus dihasilkan daripada ekstrak jagung jadi ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

2. Menggunakan sistem pelepasan berperingkat (Sustained Release)
Sistem ini melepaskan vitamin C sebanyak 500 mg (1 tablet) secara berperingkat selama 5 jam. Setiap 1 jam, sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan.

Ini dapat memastikan tiada pembaziran berlaku kerana badan kita hanya boleh menerima sebanyak 100-200mg sahaja setiap jam dan selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing.

3. Mengandungi 120mg Bioflavonoid Sitrus

Bioflavonoid Sitrus membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan vitamin C dan bertindak secara sinergi dengan vitamin C, jadi dapat tingkatkan kadar penyerapan vitamin C. Ia juga membantu melegakan inflamasi dan menentang serangan radikal bebas.

5. Mempunyai ujian klinikal yang dijalankan

Ujian klinikal yang dijalankan telah membuktikan pengambilan 2 tablet vitamin C dalam jarak masa 5 jam mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KECANTIKAN

Dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi, ia boleh menyumbang dan memberi kesan positif kepada kecantikan luaran. Antara manfaat Vitamin C untuk kecantikan adalah seperti berikut:-

  • Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
  • Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
  • Membantu mengatasi masalah jerawat
  • Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.
  • Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
  • Bertindak sebagai anti-radang.

Jadi, banyakkan manafaat Vitamin C untuk kita? Untuk kecantikan pun dah banyak. Rasa macam rugi kalau tak ambil Vitamin C dari dulu.

Ok kita tengok Vitamin Kulit yang kedua iaitu protein ESP.

KEBAIKAN ESP SHAKLEE UNTUK KULIT

1) Protein sangat penting untuk kulit. Ia bantu membina kulit baru yang lebih sihat dan kukuh. Setiap 21 hari kulit kita bertukar baru.
Protein sebagai blok asas untuk kulit. Protein membina tubuh anda, seperti batu-bata yang membina rumah anda.

2) Ia adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan anda, termasuk kulit anda.

3) Merupakan minuman yang lazat dan kaya dengan protein berasaskan tumbuhan, Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder menggalakkan pembaharuan sel untuk membina asas kepada kulit yang sihat.

4) Protein untuk membina kulit yang sihat. Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.

5) Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit. 

6) Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.

KESAN KEKURANGAN PROTEIN PADA KULIT

  1. Kulit jadi kusam
  2. Kesan hitam pada parut lambat hilang
  3. Luka lambat sembuh
  4. Badan letih dan tidak bertenaga 

SET RAHMAH SHAKLEE (VITAMIN KULIT)

Berita baik dan lebih pada berita terkejut sebenarnya. Tak pernah ye Shaklee buat promosi dasyat macam ni.

Untuk bulan April ni, Shaklee buat Set Rahmah iaitu ESP + Vita-C Plus Shaklee dengan harga RM99 sahaja. Siap dengan keahlian dan postage percuma. Bayangkan harga ESP RM139 dan harga Vita-C Plus Shakee RM92, jadi kita jimat sebanyak RM132. Banyak tu.

Dan ada jugak Set Rahmah B dengan harga RM188 dan akan dapat dua tong ESP dan dua botol Vita-C Plus Shaklee. Jimat sangat-sangat.

Jadi masa ni la peluang nak cuba dua produk yang sangat hot di kalangan mereka yang menjaga kulit.

Nak dapatkan penerangan lanjut atau nak saya bantu untuk buat pembelian boleh wasap saya DI SINI.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Leave a Reply

Translate »