Selamat pagi semua! Hari ini sekali lagi kita ke Gua Kerbau. Aktiviti hari ini kita akan kutip sampah di sekitar kawasan ini. kali ini Hadif dan famili juga sertai kami. Sambil bersantai tengok siput di sungai dan tangkap belalang. Tanamkan dalam diri anak-anak sikap jaga kebersihan. Buang sampah di dalam tong sampah. Sambil buat kebaikan, beri peluang pada anak-anak untuk explore, bermain dan sekali sekala rasai pengalaman baru seperti: melihat labah-labah. (kuat betul air liur labah-labah ini cawan pun tak jatuh!) mencari siput di sungai dan rasai pengalaman jatuh ke sungai! ha ha. walaupun letih dan mengantuk tapi anak-anak tetap seronok! Bila buat aktiviti begini jangan lupa untuk bawa bekal…
-
-
FUN WITH KIDS: EXPLORE & SAVE THE EARTH
EXPLORE & SAVE THE EARTH Program santai ibu bapa dengan anak-anak di Gua Kerbau. Meninjau sekitar Gua Kerbau sambil mengutip sampah yang ada di sekitar. Sila bawa plastik sampah, makanan dan minuman. Terus berkumpul di Gua Kerbau.
-
RoadSchooling: Menjelajah Gua Kerbau
Salah satu aktiviti homeschooling anak-anak yang kita boleh buat bersama-sama secara santai-santai adalah ROADSCHOOLING. Tak perlu keluarkan kos yang tinggi, dalam perjalanan balik kampung pun boleh di selitkan aktiviti roadschooling, bawa anak ke pasar kenalkan ikan dan sayur juga dikira roadschooling. Senang kan? Jimat kos, masa dan paling penting anak-anak belajar sesuatu diluar rumah. Kali ini, Roadschooling Faqeh menjelajah ke Gua Kerbau bersama abah. Kebetulan Gua kerbau ini bersebelahan dengan rumah kami saja. Jadi kami bawa Faqeh jelajah sini dulu. EXPLORE PERKARA BARU Salah satu tujuan untuk roadschooling ini adalah untuk beri peluang pada anak-anak explore perkara baru. Selain dari menonton TV, main gadget, dan aktiviti indoor yang lain, roadschooling…