Blogging,  Fun With Kids,  Homeschooling,  Parenting

Art & Craft: Egg Carton Project

Hari ini Project Art & Craft Faqeh adalah menggunakan bahan terbuang iaitu bekas telur dan mainan yang sedia ada.

Idea kreatif menggunakan bekas telur ni sebenarnya ada macam-macam. Boleh buat truck sampah, fire truck, buaya, pokok, rumah, kura-kura, gajah, ikan dan lain-lain.

Bahan yang digunakan poster color dan water color palet.

nota: jika anak anda ada masalah eczema atau kulit sensitif saya sarankan untuk pakai sarung tangan bila gunakan warna-warna ini.

Warnakan bekas telur untuk dijadikan kura-kura.

Biarkan anak bermain dengan warna. Disini boleh juga selitkan pengisian tentang fakta seni contoh warna biru + merah menjadi purple, kuning + biru menjadi hijau dan lain-lain.

Kenalkan juga warna asas kepada anak iaitu Biru Merah dan Kuning.

Kura-kura yang Faqeh hasilkan

Rumah dari bekas telur.

Ini adalah Gunung Berapi.

Juga boleh dibuat helicopter.

Semua hasil kraf tadi boleh di susun di atas kadbod yang dilukis bentuk jalan raya dan boleh lah mulakan perlumbaan!

Jom tengok siapa yang menang :Kereta ibu vs Turtle Faqeh

Leave a Reply

Translate ยป