Produk Shaklee

Pengalaman Berpuasa Ramadan dengan Set Puasa Shaklee

Assalamualaikum semua. Mudah-mudahan semua sihat-sihat sahaja dan sentiasa dalam Rahmat Allah.

Sedar tak sedar kurang 10 hari dah nak berpuasa. Bila masuk bulan Ramadan ni macam-macam keyword la yang terbayang. Sahur, terawih, nak kurus, makan terlebih, bazar ramadan atau param, gastrik, plastik hitam dan macam macam lagi la.

Tapi boleh dikatakan 70% topik berkisar tentang makanan. Malaysia syurga makanan kan. Ada yang pelik sepatutnya bila berpuasa makin kurang nafsu makan tapi lain pulak jadinya. Apa taknya, pergi bazar ramadan, teringin macam-macam nak makan. Itu nak, ini nak. Berbuka macam tiada hari esok orang kata.

Jadi kali ni saya nak bercerita tentang Set Puasa Shaklee. Sebab saya dah amalkan Set Puasa Shaklee ni bertahun-tahun. Sangat-sangatlah membantu bagi orang yang masalah gastrik, ibu hamil atau menyusu yang nak berpuasa, yang nak kuruskan badan dan juga bagi orang-orang biasa.

PENGALAMAN SAYA BERPUASA DENGAN SET PUASA SHAKLEE

Dulu saya memang tak pernah nak ambil tahu tentang supplement. Apatah lagi supplement yang perlu ambil masa bulan puasa. Yang kita tahu, elok ambil kurma waktu sahur.

Selepas saya secara tak sengaja terconsume supplement Shaklee barulah saya tahu kepentingan supplement sehari-hari termasuklah ketika mana waktu berpuasa.

Kita tahu, bila berpuasa kita mudah rasa lapar, kurang bertenaga, rasa lemau. Sebolehnya kita tak nak la bila berpuasa terus jadi sloth. Tau tak sloth tu apa?

Inilah dia sloth.

Yang bestnya Shaklee ada sediakan Set Puasa Shaklee untuk membantu kita kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa.

SET PUASA SHAKLEE

  1. ESP – TENAGA SEPANJANG HARI

ESP ni memang champion la pada bulan puasa. Pernah satu ketika belum masuk bulan puasa dah sold out ESP seluruh negara. Sebab apa ramai suka ESP ni?

Sangat-sangat membantu mereka yang ada masalah gastrik dan ESP ni membantu memberi tenaga berpanjangan. Jadi bagi ibu hamil atau menyusu sangat-sangat la perlukan ESP ni ketika berpuasa.

2. CINCH SHAKE – MEAL REPLACEMENT YANG SEDAP DAN MUDAH

Cinch Shake ni memang jadi menu sahur saya la pada bulan puasa. Nak lagi best campur dengan ESP. Cinch Shake membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama sebab fungsi dia sebagai meal replacement. Kalori yang rendah secara tak langsung membantu kita untuk tidak craving makanan yang tinggi kalori.

Jadi nanti raya takde la efek “Madrasah Ramadan” sebab makan banyak. Hehehe. Nak kurus raya nanti tak?

3. PERFORMANCE DRINK – ELAK DIHIDRASI

Waktu berpuasa kita memang kekurangan air. Performance Drink ni sangat membantu untuk mengelakkan kita dari dihidrasi. Elektrolit yang ada dalam Performance Drink membantu mengekalkan cecair dalam badan kita dengan lebih lama. Jadi kita akan jadi lebih bertenaga.

PROMOSI SET PUASA SHAKLEE 1-2-3

Bulan Mac 2023 ni Shaklee buat promosi untuk Set Puasa Shaklee. Harga asal untuk set ni adalah RM410 tapi bulan ni hanya perlu bayar RM260 sahaja. Jimat RM150!

Jadi cepat-cepatlah grab sekarang sementara stok masih ada. Risau ni sebab harga dah la murah, orang ramai mencari. Bagi yang nak tau lebih lanjut lagi tentang Set Puasa Shaklee boleh whatsapp saya dengan klik link ni –> Saya nak tahu tentang Set Puasa Shaklee

https://www.youtube.com/watch?v=DCGlhwGxhkE

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Leave a Reply

Translate »