Produk Shaklee,  Set Berpantang,  Testimoni Shaklee

CERITA JUN: Elak Jaundis selepas lahir!

480599634_xs

Berapa ramai di kalangan ibu-ibu yang melahirkan bayi dan sehari selepas itu bayi terus terkena jaundis atau kuning?

Jun nak kongsi pengalaman 2 anak sebelum ini yang mengalami jaundis selepas lahir. Ketika melahirkan anak pertama, hari kedua doktor sahkan yang faqeh terkena jaundis, tapi masih dengan bacaan yang terkawal dan boleh balik. Tapi akan ulang alik ke hospital untuk dipantau bacaannya. Alhamdulillah selepas 5 hari bacaan kuning makin menurun dan selepas 7 hari terus hilang.

Apabila mengandungkan anak kedua. Jun seolah-oleh terlupa tentang masalah jaundis ini. Jadi tiada apa2 prevention yang Jun buat ketika mengandung untuk mengelakkan kuning bayi selepas lahir. Kemudian setelah Hana lahir, seperti biasa hari ke 2 doktor sahkan hana terkena kuning, bahkan bacaan tinggi hingga terpaksa diletakkan di bawah lampu kuning.

Bermula detik itu baru lah kami ada pengalaman anak mengalami jaundis yang lama. Sebulan Hana alami kuning selepas lahir. walaupun duduk di bawah lampu kuning pun masih bacaan tinggi. Semasa discaj dari ward, kami diberitahu untuk guna alternatif lain untuk turunkan kuning selain jangan GIVE UP menyusukan badan dengan kerap.

Hati mana yang tak sedih tengok keadaan anak selepas keluar dari wad. Kulit anak mengelupas selepas duduk di bawah lampu. Kulit menjadi gelap seperti terbakar. Aduh! Kesian rasanya. Tapi apa kan daya kita masa tu!

Jadi mengandung ketiga kali ini. Jun sudah prepare dengan ilmu serba sedikit. Semoga dengan usaha ini Allah tarik jaundis ini dari ‘melekat’ pada baby nanti.

So disini Jun nak kongsikan pada ibu-ibu di luar sana beberapa tips yang jun dapat melalui pembacaan buku amalan ibu semasa mengandung untuk mengelakkan kuning:

TIPS ELAK BAYI KUNING SELEPAS MELAHIRKAN:

  1. telan madu tanpa air 3 sudu ATAU minum 5 sudu madu yang di campur air . tiada masalah bagi ibu yang ada GDM.
  2. amalkan minum susu kambing 2 CAWAN SEHARI . pagi dan sebelum tidur. (sebaiknya dicampur sedikit saffron) saffron ini ada dijual di kedai2 makanan sunnah.
  3. mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari
  4. bnykkan makan kurma semasa sarapan
  5. amal makan buah tin setiap 3 hari
  6. menelan minyak zaiton selepas perut berusia 5 bulan ke atas.

Bagi yang mengalami masalah kuning pula, antara yang boleh dilakukan adalah:

  1. ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi dan kerap menyusukan bayi. susu ibu adalah yang terbaik dalam merawat masalah kuning.
  2. titiskan 5-7 titis susu kambing ke dlm mulut bayi
  3. elakkan penjemuran.
  4. bayi setiap pagi diberi hisapan madu dr jari ibu atau ayah.
  5. buat urutan lembut di pelipis atas kening bayi dari pangkal mata ke pangkal luar mata sambil BERSELAWAT ATAU BERTASBIH paling kurang 7 KALI. setiap pagi (untuk elakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Ketika hana mengalami kuning yang panjang haritu, Jun sendiri kerapkan menyusu badan sehingga abis semua stock EBM yang ada.. uhuh.. apa pun semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mengelakkan atau mengatasi masalah bayi kuning lepas lahir.

Doakan juga Jun dimudahkan bersalin nanti dan baby keluar dengan sihat tanpa jaundis insyallah.

NOTA KAKI: Baru perasan masa mengandungkan Hana dulu memang Jun x makan kurma sgt. Rasanya just ambil 1-2 biji saja sepanjang mengandung. Masa mengandungkan Faqeh dulu mmg ada makan kurma. Hampir sekotak kurma juga makan sepanjang 9 bulan tu.

Translate »