Bila Si Leman Jadi “Model” Kad Goldbar Sulung Saya
Orang cakap, kalau dah jodoh tak ke mana. Tak sangka pula, ‘perkenalan’ pertama saya dalam dunia design kad Goldbar bermula dengan kisah Si Leman. Ya, Si Leman yang sado, yang berbakti, dan yang bakal menjadi hidangan kenduri kesyukuran kita semua.
Terjebak Dengan bidang design goldbar card
Dulu saya cuma tengok orang beli emas. Tapi bila dapat peluang design sendiri atas kepingan GB ni, rasanya lain macam. Ia bukan sekadar design, tapi ia adalah simpanan masa depan yang dibalut dengan nilai seni. cewah!
Bukan Sekadar Simpanan, Tapi Kenangan
Kenapa anda perlu miliki atau hadiahkan goldbar macam ni?
- Nilai Pelaburan: Emas AU999.9 (24K) yang tak lapuk dek hujan. Spread rendah berbanding BK.
- Hadiah Unik: Daripada bagi duit raya dalam sampul kertas, apa kata bagi “Si Leman” dalam bentuk emas? Lebih bermakna dan tahan lama.
- Koleksi Seni: Design ni limited, sekali dah habis, mungkin Si Leman pun dah selamat jadi rendang!
Terima kasih buat yang menyokong langkah pertama saya dalam bidang design goldbar card ni. Walaupun ‘terjebak’ secara tak sengaja, saya rasa puas dapat hasilkan sesuatu yang dekat di hati semua. cewah!
Bagi yang mencari hadiah Aidiladha bajet atau nak mula menabung emas 0.25 gram, edisi Si Leman ni memang pilihan yang paling win.
Seni itu titipan rasa, emas itu jaminan masa. Selamat Hari Raya Korban buat semua! Ada yang teringin nak buat design card macam saya?
