Sekarang ni nak beli barang memang mudah.
Buka phone, search nama produk, keluar macam-macam pilihan. Ada yang murah, ada voucher, ada free shipping. Kadang-kadang harga tu sampai kita sendiri tertanya-tanya.
“Eh, kenapa murah sangat ni?”
Kalau barang biasa mungkin kita tak fikir panjang sangat.
Tapi kalau produk yang kita makan setiap hari, saya rasa kena fikir dua kali.
Sebab bila melibatkan kesihatan, bukan soal murah semata-mata. Kita kena tahu juga barang tu datang dari mana, siapa yang jual dan saluran tu betul ke tidak.
Produk Shaklee Bukan Dijual Melalui Marketplace
Ramai mungkin tak tahu perkara ni.
Shaklee memang ada garis panduan yang jelas bahawa produk Shaklee tidak dibenarkan dijual melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop atau platform marketplace yang seumpamanya.
Jadi bila kita nampak produk Shaklee dekat marketplace, itu bukan saluran jualan rasmi yang dibenarkan oleh Shaklee.
Saya bukan nak kata semua barang yang ada dekat situ automatik fake.
Cuma sebagai pembeli, kita sendiri susah nak pastikan barang tu datang dari mana.
Kita tak tahu macam mana barang tu disimpan.
Kita tak tahu siapa penjual sebenar.
Kita tak tahu stok tu dah berapa lama.
Dan yang paling penting, bila ada masalah nanti kita nak rujuk dekat siapa?
Saya Pernah Dapat Customer Yang Tersalah Beli
Benda ni bukan sekadar cerita.
Saya sendiri pernah dapat mesej daripada customer yang tersalah beli produk Shaklee dari tempat yang dia sendiri tak pasti.
Lepas barang sampai, baru mula rasa was-was.
Packaging macam lain.
Barang nampak pelik.
Terus mula tertanya-tanya,
“Yang saya beli ni betul ke?”





Bila dah jadi macam ni, memang susah.
Nak tanya penjual pun belum tentu dapat jawapan yang meyakinkan.
Nak semak pun kita sendiri tak tahu nak mula dari mana.
Sebab tu saya selalu cakap, kalau beza harga tu cuma sikit, jangan sampai sebab nak jimat beberapa ringgit kita ambil risiko beli dari saluran yang kita sendiri tak yakin.
Lagi-Lagi Kalau Produk Yang Kita Makan
Kalau beli barang aksesori dan salah beli, mungkin kita rugi duit.
Tapi kalau benda yang kita makan dan masuk dalam badan, cerita dia lain.
Kita beli supplement sebab nak jaga kesihatan.
Jadi bagi saya, lebih baik beli dari tempat yang kita tahu memang sah dan boleh dipercayai.
Tak perlu pening fikir asli ke tak.
Tak perlu tertanya-tanya stok datang dari mana.
Dan kalau ada soalan tentang produk, sekurang-kurangnya ada orang yang kita boleh tanya.
Jadi Nak Beli Shaklee Dekat Mana?
Shaklee masih membenarkan ejen berkongsi info produk, buat penerangan dan bantu customer secara online.
Cuma pembelian perlu dibuat melalui saluran yang sah seperti website Shaklee, pesanan WhatsApp Shaklee atau Kedai dan Cawangan Shaklee.
Sekarang pun dah mudah sebab Shaklee ada sistem EZBuy.
Customer boleh pilih sendiri produk yang nak beli, buat pembayaran sendiri dan order terus melalui sistem Shaklee.
Tak perlu pening nak cari seller sana sini.
Kalau Nak Beli, Beli Dari Saluran Yang Betul
Kalau anda nak beli produk Shaklee dan nak lebih yakin barang yang dibeli memang melalui saluran yang betul, boleh beli terus dengan ejen Shaklee yang sah macam saya.
Atau kalau anda jenis suka browse dan order sendiri, boleh terus guna link EZBuy saya di bawah:
👉 https://www.shaklee.com.my/wo/guest?ref=886047
Boleh pilih produk sendiri dan order terus melalui website Shaklee.
Bagi saya mudah saja.
Kalau benda tu kita nak makan untuk jaga kesihatan, biarlah kita beli dari tempat yang kita betul-betul yakin.
Murah tu memang best.
Tapi rasa yakin dengan apa yang kita beli tu lagi penting.
Bulan Oktober 2026 ada promosi daftar ahli hanya RM10 sahaja (Biasa RM35, jimat RM25). Boleh mendaftar di link ini untuk dapatkan pendaftaran ahli dengan harga RM10 –> https://www.shaklee.com.my/wo/guest?ref=886047
Kalau nak tanya lebih lanjut boleh Whatsapp saya di –> Whatsapp Hafiz

