Nampaknya drama Si Leman kembali lagi! Kali ini bukan kaleng-kaleng, sudah berstatus upgrade ke 1 Gram. hihi..
Leman 2.0: Bila Pengorbanan Berpindah ke Skala 1 Gram
Assalammualaikum warahmatullah.
Pejam celik, pejam celik, Aidiladha kembali bertamu. Saya introduce design terbaru Edisi Leman 2.0 – Versi Upgrade 1 Gram!
Jika dulu kita berbicara tentang 0.25 gram yang comel, kali ini Si Leman tampil lebih “berat” maknanya. Seberat kasihnya kepada Man, seberat itulah nilai emas yang bakal anda genggam. Hihi.
Dialog Dari Padang Ragut ke Kepingan Emas
Dalam design goldbar kali ni, saya membawa anda menyelami “perasaan” Si Leman dan rakan karibnya, Abas.
Man: “Ha Leman, dah sampai giliran engkau ni. Jomlah kita ke surau!”
Abas: “Erk!” (Muka cuak Abas ni memang mahal harganya!)
Namun, jawapan Si Leman di bahagian belakang sijil itulah yang menusuk kalbu:
“Korban ni bukan akhir cerita. Tapi permulaan untuk pahala besar.”
Inilah yang saya mahu bawa, bahawa di sebalik setiap pengorbanan yang kita lakukan (termasuklah pengorbanan Man nak lepaskan Leman), ada ganjaran yang sedang menanti di hujung jalan.
Kenapa Kena Ada Leman 1 Gram Ni?
Sebagai designer, saya bukan sekadar mahu buat kad goldbar yang cantik di mata, tapi saya mahu ia bercakap dengan pemiliknya.
- Visual Lebih “HD”: Dengan berat 1 gram, saiznya lebih puas dipegang, sepadan dengan kualiti grafik yang saya perhalusi. (Er, sebenarnya kilang yang nak macam ni. hehe)
- Storytelling Yang Hidup: Siapa sangka, seekor lembu kartun boleh mengajar kita tentang erti redha dan ketaatan?
- Aset Masa Depan: Sambil kita bergelak tawa seronok di hari raya, harta kita sebenarnya makin bertambah dalam bentuk emas 999.9.
Korban Itu Indah
Terima kasih kerana terus menyokong siri rekaan goldbar bertema ini. “Terjebak” dalam dunia emas ini rupanya satu nikmat apabila kita dapat menyebarkan dakwah dan kesedaran dalam bentuk yang kreatif.
Bagi anda yang mahu jadikan goldbar Si Leman 2.0 sebagai hadiah buat anak-anak atau simpanan peribadi, inilah masanya. Sebelum Si Leman betul-betul ke surau, baik anda “tangkap” dia dulu buat koleksi!
Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Tapi emas di tangan, penyelamat di hari nanti.
Design nampak eksklusif tapi tetap mesra rakyat! Jom beli!
