Sejak dua tiga hari ni, aku perasan topik usul naik umur persaraan aka pencen sampai 65 tahun duk naik balik. Yang share makcik pakcik kat WhatsApp group, yang gaduh kat komen FB, yang sembang kat pantry office pun ada. Dan aku faham sangat reaksi masing2 termasuk lah aku sendiri, sebab bila sebut 65, kepala terus bayang: lutut dah bunyi krek krek, mata pun dah rabun sikit, tapi kena punch in lagi. Penat weh.
Sekarang umur persaraan minimum pekerja di Malaysia ialah 60 tahun bawah Minimum Retirement Age Act 2012 (Akta Umur Persaraan Minimum 2012). Untuk penjawat awam, umur persaraan wajib pun memang 60 tahun untuk lantikan tetap yang dilantik pada/selepas 1 Jan 2012. Apa yang trending sekarang ialah cadangan/idea untuk kaji naikkan umur persaraan (terutamanya penjawat awam) ke 65 tahun, dan memang ada kenyataan bahawa kerajaan akan mengkaji cadangan ini dalam tempoh RMK13 serta buat libat urus. (Untuk sektor lebih luas, Kementerian Sumber Manusia pun pernah disebut sedang menilai cadangan naik 60→65).
Okay. Sekarang kita letak tepi sat “politik” dan “emosi netizan”. La ni kenapa isu ni timbul, dan kenapa benda ni patut buat kita plan hidup dari sekarang, tak kira dia lulus ke tak lulus.
Bila orang bawa idea umur persaraan 65, selalunya hujah dia dua: satu, orang hidup makin panjang. Dua, kos hidup makin menggigit. Statistik pun memang tunjuk jangka hayat makin meningkat contoh DOSM lapor purata jangka hayat lahir sekitar 75.3 tahun (2025), dan perempuan lebih tinggi dari lelaki. Jadi ada pihak rasa “kalau hidup makin panjang, kerja pun boleh panjang sikit” supaya sempat tambah simpanan pencen, dan tenaga kerja berpengalaman boleh terus menyumbang.
Tapi… yang orang marah tu pun ada logik dia. Sebab real life bukan semua orang kerja office aircond. Ramai kerja yang kerah tenaga: operator, teknikal, pemandu, frontliner, guru yang berdiri lama, jururawat yang shift, buruh, rider, peniaga kecil. Umur 60 pun ada yang dah rasa “habis bateri”, inikan pula 65. Dan lagi satu, orang muda pun akan tanya, kalau yang senior masih tak pencen, yang muda nak kerja dimana? Benda ni memang ada pro-kontra, sebab tu pihak kerajaan sendiri pun cakap ia masih dinilai pelbagai perspektif dan buat libat urus.
Tapi persetankan sat semua yang tu, la ni tengok benda yang paling “kena batang hidung” kita: apa pun keputusan kerajaan nanti, hidup kita tetap perlukan plan. Sebab kalau ikut undang-undang sekarang pun, umur persaraan 60 tu tak semestinya bermakna “lepas ni hidup senang”. Banyak orang bersara, tapi komitmen masih jalan: anak masih sekolah/uni, mak ayah makin uzur, loan belum habis, medical makin kerap, dan kadang-kadang… kita pula baru nak start jaga kesihatan betul-betul. Dekat situ, isu umur persaraan 65 ni macam bagi kita satu “wake up call” yang pedih: jangan tunggu tua baru nak belajar urus duit, urus badan, urus skills. In fact, ada juga yang lepas pencen sambung kerja kontrak sebab nak cari duit tambahan sebab komitmen belum habis.
Maksud kata, yang paling penting bukan “65 atau 60”. Yang paling penting ialah kita patut mula tanya diri: kalau esok rezeki aku stop sekejap, aku boleh survive berapa bulan? Kalau jawapan dia “tak sampai sebulan pun”, ha itu yang patut buat kita kelam kabut sekarang. Kelam kabut untuk mula buat dana kecemasan, tambah skills yang boleh carry sampai tua, jaga kesihatan supaya badan tak cepat koyak, dan paling penting bina income kedua yang steady, walau kecil.
Sebab aku nampak ramai orang yang “menang” dalam hidup ni bukan sebab gaji dia besar sangat. Dia menang sebab dia ada multiple legs. Satu kaki gaji, satu kaki bisnes kecil, satu kaki skill freelance, satu kaki simpanan, satu kaki network. Kalau satu kaki patah, dia tak terus jatuh terduduk. Dan bila ada isu macam usul umur persaraan 65 ni, dia boleh baca dengan tenang sebab dia tahu dia ada pilihan.
Dan part yang paling menusuk: kita ni kadang-kadang bukan nak kaya pun. Kita cuma nak lega. Nak pergi pasar tak rasa bersalah. Nak bayar yuran anak tanpa migraine. Nak balik kampung masa perayaan tanpa berhutang. Nak tolong orang tanpa kira sampai sakit dada. Lega tu mahal… tapi lega tu boleh dibina pelan-pelan, kalau kita mula awal.
So, kalau hang tengah baca ni dan hang rasa macam “aku penat dah” aku faham. Isu pencen 65 tahun ni, sepatutnya boleh jadi turning point dah, kemana hala tuju kita, samada nak terus bekerja, atau pencen awal dan tetap ada income di tangan : jangan letak masa depan keluarga kita atas satu sumber ja. Start kecil pun takpa. Yang penting konsisten. Sebab hidup ni, dia tak tanya kita ready ke tak dia mai saja.
(Nota: Ini perspektif peribadi saja, bukan nasihat undang-undang. Status cadangan 65 tahun masih di peringkat kajian berdasarkan laporan media.)
#UmurPersaraan #Pencen65 #UmurPersaraan65 #IsuSemasaMalaysia #KerjayaMalaysia #PenjawatAwam #KewanganPeribadi #PerancanganKewangan #TambahIncome #BisnesDariRumah #KosSaraHidup #SimpananPersaraan #KerjaSampaiTua
