Blogging

Review Papa Zola: The Movie (2025)

Aku baru lepas tengok Papa Zola The Movie dan kalau hang tanya aku, ini bukan sekadar filem animasi lawak budak-budak. Dia memang kelakar, memang ada aksi, ada sci-fi, tapi dia selit satu benda yang “diam-diam” menusuk pasal seorang ayah yang dok berhempas pulas cari rezeki, bukan sebab nak cepat kaya… tapi sebab nak bagi keluarga dia rasa cukup dan tenang. Filem ni keluar kat Malaysia 11 Disember 2025, genre animated sci-fi action comedy, produksi Monsta dan diedarkan oleh Astro Shaw.

Papa Zola ni cuba hidup normal macam ayah-ayah lain, hari-hari kerja kuat, jaga family, simpan impian nak buat family happy. Tapi hidup dia jadi “huru-hara” bila dia terheret semula dengan agensi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency), dan waktu tu juga Pipi Zola diculik makhluk asing, dia dengan Mama Zila kena bertindak pantas itu lah bermula fasa game on.

Dari segi teknikal, visual nampak kemas, lighting cantik, audio pun “ngam” dengan mood. Running time dia lebih kurang 1 jam 51 minit. Yang paling buat aku melekat bukan teknikal tu… yang melekat ialah vibe dia: bapak ni penat, tapi dia tak berhenti.

Hang pernah tak rasa macam ni… pagi hantar anak sekolah, petang fikir yuran, malam fikir belanja rumah, lepas tu musim perayaan mai, duit macam ada sayap. Kita bukan nak mewah pun. Kita cuma nak hidup yang tak semput. Dan dekat situ, Papa Zola macam jadi cermin. Dia cari duit sebab dia nak beli ketenangan untuk keluarga: anak cukup makan, anak selamat, rumah tak jadi tempat stress. Benda tu nampak simple, tapi berat dia hanya mak ayah faham.

Sebab tu bila aku kata filem ni “kena”, dia kena kat bahagian yang kita jarang cerita dekat orang, tapi kita boleh rasa apa yang kita tanggung diam-diam. Kita senyum depan anak, tapi dalam kepala dok kira: “bulan ni boleh lepas tak?” Kita cakap “okay” kat pasangan, tapi dalam dada dok tahan risau. Papa Zola bawa benda tu dalam bentuk komedi dan aksi, tapi mesej dia clear: jadi ketua keluarga ni bukan hero dalam poster, tapi hero yang tetap bangun hari-hari walau letih.

Dan bila kita relatekan dengan hidup kita sendiri… hang akan nampak kenapa kita kena mula rancang tambah income lebih awal, bukan tunggu “bila dah sempat”. Sebab income ni bukan macam suis lampu, tekan on terus terang. Kalau hang tunggu nak dekat raya/peak season baru nak mula, masa tu hang dah kelam kabut, emosi pun dah penat. Tapi kalau hang start awal, sikit-sikit jadikan rutin, sikit-sikit buat content, sikit-sikit follow up bila musim sibuk mai, hang tak panik. Hang cuma jalan ikut plan. Itu yang buat hidup rasa “steady”.

Kalau hang family yang buat bisnes dari rumah (Shaklee ke, servis ke, apa-apa), point dia sama, orang bukan perlukan kita muncul tiba-tiba masa nak jual. Orang perlukan kita jadi manusia yang helpful sepanjang tahun; share rutin, share pengalaman, share cara jaga tenaga, cara manage stress, cara jaga bajet bila anak dah sekolah. Bila trust dah ada, rezeki tu dia mai natural. Hang tak payah menjerit.

Kesimpulan review: Papa Zola: The Movie memang sesuai untuk tontonan keluarga. ada part lawak, ada aksi, ada emosi. Tapi untuk mak ayah, dia ada satu “tamparan”: jangan tunggu sempurna baru nak mula. Mulakan pelan kecil sekarang untuk keluarga, dan untuk diri sendiri. Sebab keluarga kita tak perlukan kita jadi superhero… dia perlukan kita jadi manusia yang konsisten.

FAQ

1) Papa Zola: The Movie bila tayang di Malaysia?
Tayang di Malaysia pada 11 Disember 2025.

2) Papa Zola: The Movie pasal apa?
Kisah Papa Zola yang kembali terlibat dengan agensi rahsia P.A.P.A bila anaknya Pipi diculik makhluk asing, lalu dia perlu selamatkan anak dan hadapi ancaman besar.

3) Berapa lama durasi movie Papa Zola?
Lebih kurang 1 jam 51 minit.


#PapaZolaTheMovie #PapaZola #ReviewPapaZolaTheMovie #SinopsisPapaZola #FilemAnimasiMalaysia #MovieMalaysia #Monsta #AstroShaw #FilemKeluarga #FamilyMovie #AyahCariRezeki #StruggleParent #ParentingMalaysia #KeluargaMalaysia #TambahIncome #BisnesDariRumah #ShakleeMalaysia #ShakleeFamily #WellnessMalaysia

Leave a Reply

Translate »