Blogging

Checklist Hari Sukan: Barang Wajib Bawa + Rutin Elak Penat & Migrain

Hari sukan ni… nampak macam “alaa, pergi tengok anak berlari je.”
Tapi yang selalu kecundang dulu bukan anak. Kita. Mak ayah yang konon kuat, last-last duduk bawah khemah sambil pegang kepala macam nak bertapa. haha!

Aku pernah, bukan sekali, tapi selalu, balik rumah bukan letih biasa-biasa. Letih yang buat kita jadi mandom, rasa nak tidur seminggu. Letih mengalahkan orang panjat gunung. Mata pun rasa berdenyut. Padahal anak seronok cerita, kita cuma mampu angguk, “ha ya… ha ya…” sambil mata duk nampak bantal dah.

So kali ni aku tulis satu checklist Hari Sukan — barang yang memang wajib bawa, dan rutin ringkas supaya kita tak jadi mangsa panas, dehidrasi, migrain, dan “mood swing” yang tak semena-mena sebab duk bawah matahari rembang.

Kenapa Hari Sukan mudah sangat trigger penat & migrain? Sebab panas rembang menyilau buat badan cepat naik suhu, peluh bukan keluar air saja tapi sekali dengan garam mineral sampai badan jadi letih lesu, dan satu lagi pressure, jalan ulang-alik tak berhenti, jerit sorak, cari anak yang dah lepas ke rumah sukan mana, semua tu buat sistem badan overworked. Bila 3P ni berkumpul, kepala mula lah bagi signal “weh… slow down,” dan kalau kau buat tak tahu, dia akan bagi signal versi kuat pula. Hah sudah!

Checklist Barang Wajib Bawa! Semoga bermanfaat.

1) Air minum (yang betul)

Wajib: 1–1.5L seorang (kalau panas terik, tambah).
Kalau boleh bawa botol besar, jangan harap air gerai semata—kadang tak cukup, kadang manis sangat. Paling penting jimat banyak! Haha!

2) Garam + elektrolit (barang penting yang selalu tak bawak)

Kalau jenis cepat pening bila panas, air elektrolit ni memang game changer lah!
Boleh bawa:

  • sachet elektrolit (campur dalam air)
  • ORS (yang biasa farmasi)
  • atau paling simple: air kosong + makanan masin sikit (kacang, biskut)
  • Performance Drink Orange atau Lemon

Kenapa penting?
Sebab peluh bukan keluar air sahaja. Garam mineral pun keluar. Bila “balancing” lari, kepala mula la nak pusing. Anak-anak yang duk di track, kita pulak yang pening. Tapi kalau anak-anak memang atlet lagi lah perlu sedia sebotol lagi untuk anak jugak.

3) Topi / payung / kipas kecil

Topi ni bukan gaya. Ini survival.
Payung pulak bukan sebab takut hujan tapi takut panas yang tak bertepi. haha.

Kalau agak ada kipas portable, bawa.
Benda tu nampak macam remeh… tapi bayangkan hang tengah duduk menahan silau, kipas tu rasa macam nikmat dunia. Haha!

4) Sunglasses / visor (untuk yang sensitif cahaya)

Ada orang migrain dia trigger sebab cahaya terik.
Kalau confirm jenis macam tu, pakai sunglasses.

5) Sunscreen (bukan untuk putih, untuk kulit)

Tak payah sembang “aku tak kisah hitam.”
Ni bukan pasal hitam putih. Ini pasal sunburn + heat stress.

Sapuan cepat:

  • muka
  • tengkuk
  • tangan

Kami senang saja kami guna SPF50, itu saja yang paling serasi dengan kami. Kulit tak merentan lepas tu. haha. Tapi ada jugak yang sapu dengan Aloe Vera lepas tu terpulang lah!

6) Makanan cepat (yang tak mengarut)

Bawa snack atau bekal dari rumah siap. Jenuh susun duit nak membeli di semua gerai kalau tak bawak apa-apa bekalan dari rumah.

  • pisang
  • biskut oat / crackers
  • kacang
  • roti
  • energy bar (kalau sesuai)
  • Nasi goreng/nasi lauk (sedap ni berkelah tambah lagi kalau ada angin sepoi-sepoi!

7) Ubat asas & “rescue kit”

Nak pi Hari Sukan Sekolah dah macam nak pindah rumah! Semua bawa haha! Tapi ni bukan drama. Ini realiti:

  • panadol/ibuprofen (ikut kesesuaian diri)
  • inhaler kalau ada asma
  • minyak angin / balm (kalau kau jenis pening)
  • plaster
  • tisu basah & tisu kering
  • wet wipes untuk tangan lepas pegang segala benda

Pernah sekali kami camping overnight, so ada lah bawa rescue kit ni. Nak jadi cerita ada family yang datang mandi-manda disitu berlaku kecederaan sebab anak-anak nya main baling-baling batu sungai kena pulak si abangnya . Nasib ada bawak first aid kit.

8) Kerusi lipat / tikar kecil

Duduk atas simen lama-lama, ini kalau ada simen, kalau ada rumput, takda kerusi. Tempat duduk pun aci bawa sendiri. Haru nak berdiri sepanjang hari. So bawa ja.

9) Baju spare & towel kecil

Bila baju dah basah, akan rasa melekit, rimas, dan cepat letih.
Towel kecil untuk lap peluh itu pun dah cukup nikmat!

10) Powerbank + duit

Hari sukan ni kadang penuh drama. Masa tu lah:

  • nak call laki/bini
  • nak cari anak
  • nak bayar air
  • nak beli ais krim kat anak

Leave a Reply

Translate »