Blogging

5 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee Sangat Best

Sedar tak sedar rupanya dah 11 tahun jadi ahli Shaklee. Bermula dengan makan sendiri sehinggalah terbuat bisnes. Alhamdulillah kalau dikira-kira balik dah banyak bonus dapat dari Shaklee. Sampai layak untuk dapat car bonus. Tak sangka betul.

Kalau ditanya bisnes apa yang saya nak serius dan bagi komitmen memang jawab Shaklee. Dah cuba pelbagai jenis bisnes, Shaklee yang paling releven dengan keadaan saya sekarang. Sangat-sangat flexible. Sebab tu ada je SID Shaklee yang boleh jalankan bisnes Shaklee ni dari luar negara. Hebat tak?

Selain dari bisnes yang sangat flexible ada perkara lain yang buat saya tertarik dengan Shaklee. Komuniti Shaklee itu sendiri. Dari company, staf, leader sehinggalah sid Shaklee itu sendiri.

Saya huraikan 7 sebab kenapa saya suka sangat dengan komuniti Shaklee ni.

1.       SUPPORT 150% DARI COMPANY.

Yang ni memang saya tabik betul la. Tak pernah lagi jumpa company yang support ejen-ejennya sampai tahap macam ni. Segala-galanya disediakan. Kelas, program siap diraikan lagi. Shaklee tak pernah pandang rank kita apa. Semua di bawah satu nama Shaklee Family.

2.       SID-SID YANG SANGAT POSITIF TAK KIRA TEAM

Walaupun kita berada dala team yang berlainan tapi kami kuat dengan satu nama iaitu Shaklee. Takda dengki mendengki sesama team malah siap kongsi ilmu lagi. Memang hidup harmoni la orang kata.

3.       UPLINE DAN MENTOR SANGAT AMBIL BERAT

Pernah dengar istilah sayang tanpa syarat? Macam tu la vibe yang upline dan mentor kami bawa. Tak semestinya kena sale besar baru boleh nak berdunia dengan upline dan mentor. Diorang sangat ambil berat sampai tahap kesihatan kita pun dia tanya. Hasilnya berat saya turun 14kg! Kalau tak desakan upline memang tak la saya turun berat.

Ukhwah yang kami jalinkan lebih dari sekadar downline dan upline.

4.       KELAS-KELAS PRODUK, MARKETING SECARA PERCUMA

Tak perlu nak keluar duit untuk masuk kelas-kelas yang ada. Banyak sangat kelas. Nak ke tak je. Walaupun kelas percuma tapi bukan ilmu biasa-biasa ye. Semuanya ada proven result.

5.        TESTIMONI HEBAT DIRI SENDIRI

Saya ada testimoni yang paling hebat dalam hidup iaitu turun 4kg dengan Set Hello New You Shaklee.

Leave a Reply

Translate »