Produk Shaklee

8 CARA ATASI BENGKAK SUSU

Assalamualaikum dan hi semua!

Salam jumaat barokah, semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat terutama ibu2 yang sedang mengalami masalah bengkak susu ni!

Jun penah alami masalah bengkak susu ni masa berpantang Hana. Allahu, memang menangis! nasib lah suami menyokong penyusuan susu ibu, kami usaha dari mencari breastfeeding peer sampai ke Penang lah berjumpa dengan Doc Balqis.

Selepas berjumpa dengan Doc balqis baru tahu rupanya antara penyebab bengkak susu ni sbb CARA dan TEKNIK penyusuan yang TIDAK BETUL! Oleh sebab tu, Jun nak berkongsi tips untuk ibu2 yang mempunyai masalah bengkak susu ni.

Sebelum kita cuba cara nak atasi, kita kena kenal pasti dulu apa punca bengkak susu ni. Ada beberapa faktor yang menjadi punca seperti:

  • Tidak menyusukan bayi dengan kerap ( kalau baby kuning, kita kena kejutkan jugak supaya bangun, buka mata dan menyusu)
  • Tidak menjaga jadual mengepam (hanya pam bila payudara penuh)
  • Bayi diberikan susu formula atau puting di awal kelahiran yang menyebabkan bayi tidak mahu menyusu (sebab baby dah jadi nipple confused tapi takpa masih boleh betulkan masalah nipple confused ni)
  • Payudara tidak dikosongkan dengan berkesan semasa memerah susu
  • Posisi dan lekapan yang tidak betul oleh bayi menyebabkan pengaliran susu tidak efisyen.
  • Memakai bra yang ketat, atau memakai underwire bra (Doc balqis pun x galakkan ibu2 menggunakan bra underwire)

Kalau payudara dah rasa sakit, kena cepat-cepat buat langkah untuk meredakan sakit tu. Kalau boleh jangan biar lama sangat, takut melarat sampai demam, jangkitan kuman dan boleh jadi mastitis. Kadang2 bila payudara dah bengkak nipple akan mula merekah dan luka. So, ibu2 kena cepat atasi masalah bengkak susu ni ye..

kurangkan-bengkak-susu

1) Susukan anak dengan kerap

  • Sebaiknya kita digalakkan menyusu anak 2-3 jam sekali. Jika baby masih tidur kejutkan baby untuk menyusu. Dalam tempoh ini selalunya susu memang sudah mulai penuh.
  • Jika baby masih tidur, kita digalakkan untuk pam dengan level yang paling rendah. Atau boleh jugak perah menggunakan teknik marmet untuk mengurangkan pengumpulan susu di dalam payudara. *nanti Jun kongsikan cara memerah susu dengan teknik marmet ni ya..

2) Tuam dengan air suam

  • Tuam bahagian payudara yang sakit dengan air suam. Jun dulu selang selikan dengan ais batu. Ia akan bantu mengurangkan sakit di kawasan bengkak dan tersumbat. Sambil2 tu sikat dari atas ke bawah.

3) Bantuan anak yang lebih besar

  • Kalau masih menyusukan anak yang berumur setahun atau 2 tahun, boleh minta bantuan mereka untuk menyusu di bahagian payudara yang bengkak. Bayi pula hisap di bahagian satu lagi (payudara yang tak sakit). Susukan secara “tanderm nursing” iaitu kedua-dua anak disusukan serentak.
  • Jika berpantang anak pertama, boleh teruskan pam susu di bahagian yang bengkak dengan suction yang paling rendah,

4) Gunakan sikat rambut

  • Salah satu cara untuk meredakan sakit adalah dengan menggunakan sikat rambut. Sikatkan payudara daripada bahagian atas hingga ke puting. Lakukan sehingga kita dapat rasa yang kawasan bengkak semakin surut. Sekiranya ketika itu susu mengalir keluar, boleh gunakan milk collector untuk mengumpul susu atau tadah menggunakan botol susu.

5) Gunakan bra yang sesuai

  • Elakkan pemakaian bra yang ketat, atau jenis underwire bra di minggu awal selepas bersalin.
  • Ini kerana, pada peringkat awal penghasilan susu, kita akan perasan yang payudara kelihatan besar, berat dan penuh. Pemakaian bra yang ketat atau underwire bra akan menghalang pengaliran susu yang baik dan boleh mengakibatkan bengkak susu apabila payudara penuh.

6) Tuam dengan daun sirih dan minyak zaitun

  • Caranya, sapukan minyak zaitun pada permukaan daun sirih, kemudian layurkan daun di atas api.
  • Setelah daun sirih hampir layu, tuamkan pada payudara di bahagian yang sakit. Lakukan sehingga sakit semakin surut.

7) Urut urat susu

  • Antara cara tradisional yang semakin dilupakan adalah “urut susu”.
  • Dalam proses berpantang kadang2 susu banyak tetapi bila di pam yang keluar hanya sikit saja. Jika kita berpantang di Kampung, boleh dapatkan khidmat bidan untuk URUT SUSU.
  • Dalam proses urutan susu ni, bidan biasanya akan betulkan urat2 susu yang tersumbat atau bersimpul.
  • Jangan lupa minta Bidan “URUT SUSU” skali semasa masih berpantang bahkan sepanjang tempoh menyusu juga digalakkan sekali sekala untuk ibu2 dapatkan urutan ini.

8) Pengambilan lecithin

  • Alangkah indah bagi ibu2 yang berpantang di Kampung dan dijaga oleh bidan kampung yang mahir, walau bagaimanapun dengan LECITHIN, ibu2 yang alami bengkak susu yang berpantang sendiri di bandar atau dimana saja tak perlu risau lagi.

Lechithin Shaklee

  • Lecithin mampu membantu memecahkan gumpalan lemak di dalam badan kita.
  • Oleh itu, ia juga akan membantu memecahkan susu yang terkumpul di dalam payudara, dan membantu meredakan bengkak susu.
  • Jun memang pastikan Lecithin ada semasa berpantang selepas alami bengkak susu haritu. Insyallah, memang lecithin sangat membantu ketika bengkak susu.

Bengkak susu yang berterusan akan menjejaskan penghasilan susu dalam jangka masa panjang. Ini kerana badan kita akan mendapat isyarat yang susu tak perlu dihasilkan lagi.

Biasanya bengkak susu akan surut dalam satu hingga 2 hari sekiranya tindakan awal diambil. Kesan buruk mungkin timbul jika dibiarkan berlarutan seperti:

  • Saluran susu tersumbat
  • Keradangan atau inflamasi payudara (non infectious mastitis)
  • Jangkitan kuman pada payudara (infectious mastitis)
  • Penghasilan susu berkurangan dalam jangka masa panjang
  • Berhenti menyusu lebih awal

Sekiranya sakit semakin berlarutan, ibu2  dinasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Walau apapun masalah yang timbul, kita tetap perlu memberikan susu ibu kepada bayi untuk menguatkan antibodi badannya. Jangan mudah menyerah kalah dengan alasan susu sedikit, kerana ada di antara kita yang diuji dengan tiada susu langsung. Maka, yang sedikit itu pun tetap juga berharga.

Happy breastfeeding to all mommies!

*********************************************************************

Jika berminat untuk membeli Lecithin Shaklee, boleh hubungi Jun segera di nombor yang tertera di bawah untuk tempahan dan konsultasi istimewa khas untuk pelanggan Sihat Harmoni.

Junee 0103o56484

========================================================================

good-news-ii

LECITHIN JUGA BANTU UNTUK KURUS DAN MINDA!

Bagi ibu2 yang baru melahirkan, ini lah masanya untuk dapatkan BERAT BADAN IDEAL semula!

lecithin-minda

rm55-65-1

TESTIMONI PELANGGAN SIHAT HARMONI ATASI BENGKAK SUSU!

whatsapp-image-2016-11-18-at-11-29-07-am

==============================================================

cara-atasi-bengkak-susu-_3 img-20160518-wa0027 testi-lecithin1

SEMUA PRODUK SHAKLEE MEMPUNYAI KELULUSAN KKM DAN DISAHKAN HALAL OLEH ISLAMIC SERVICE OF AMERICA (ISA). ISA MERUPAKAN BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM. SEMUA PRODUK DIKELUARKAN DILUAR NEGARA YANG DISAHKAN HALAL OLEH BADAN PENSIJILAN YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM TIDAK PERLU MEMPUNYAI COP HALAL JAKIM.

169629_481350398557645_372489186_o

Untuk belian LECITHIN PROMO BELI 3 PERCUMA 1 secara online boleh terus klik sini. Pembayaran melalui Debit Card/Credit Card. Produk akan dihantar terus ke rumah anda selepas pembayaran Berjaya.

Bagi yang tinggal sekitar Perlis, Kodiang, Kedah boleh whatsapp Jun di 010 305 6484 untuk tempahan. COD Shaklee adalah di CMART Arau bagi yang berada di sekitar Arau.

*Disclaimer

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Kami adalah Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Utara dan kami juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk lain, daftar keahlian, atau ingin menjana pendapatan dan menjadi sebahagian tim hebat kami, hubungi 010 305 6484 (jun)

 

Harga runcit LECITHIN Shaklee adalah RM55.65.  Nak beli dengan harga ahli dengan penjimatan sehingga 20%??

Daftar sebagai ahli Shaklee sekarang! Sila HUBUNGI KAMI di

010-3056484 ATAU 0177523084.

==============================================================

Leave a Reply

Translate »