Business,  Homeschooling,  Parenting,  Project

Jom Lukis: Progres pembangunan Aplikasi Jom Lukis part ii

Ini antara slide page kat bahagian depan, akan ada text yang slide ke tepi dan boleh set untuk direct link juga.

 

Oh malam ni sambung progres Mobile App Jom Lukis ni. Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Selalunya perkara pertama yang akan saya buat dahulu bila nak bangunkan satu-satu app adalah fikirkan idea dulu, apa idea app yang mahu dibangunkan, selalunya merujuk kepada masalah sedia ada ataupun yang boleh memudah cara. Jadi Jom Lukis ini adalah salah satu pemudah cara untuk belajar asas melukis. Bila idea sudah ada, baru akan difikirkan menu, dan konsep aplikasi ini. Konten pula akan merangkumi teknik asas seperti garisan, alatan melukis, mewarna, teknik melukis, juga akan diselitkan tutorial berbentuk video.

Belajar Melukis bagi Beginner

Aplikasi ini dibangunkan sesuai untuk pelajar-pelajar yang mengambil jurusan seni mahupun sesiapa yang ingin belajar sendiri asas seni lukis. Belajar melukis bagi beginner, tidak lah susah bagi yang mempunyai minat, tetapi bukan mudah juga bagi yang tiada asas. Namun tak ada yang mustahil jika kita memang berkehendak untuk belajar kan?

Ini antara menu yang berjaya disiapkan untuk malam ini.

Manfaat untuk Semua

Walaupun aplikasi ini dibangunkan untuk pelajar-pelajar yang mengambil jurusan seni, tetapi kami akan cuba untuk hasilkan satu bahagian yang sesuai untuk ibu bapa dan anak-anak belajar melukis dan membuat aktiviti bersama berdasarkan aplikasi ini. Ada ibu bapa yang ingin mencuba?

 

 

Leave a Reply

Translate ยป