Isu Semasa

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Mangkat

Pagi tadi tular dalam Whatsapp Group, Sultan Ahmad Shah mangkat. Jadi sebagai orang yang lahir dan dibesarkan di Pahang, maka aku pun turut berdukacita dengan berita ini.

KUANTAN: Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Sultan Ahmad Shah diumumkan mangkat jam 8.50 pagi.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau turut meminta semua rakyat bersama-sama mendoakan semoga roh Almarhum Sultan Ahmad Shah dirahmati dan ditempatkan bersama para syuhada.

SUMBER https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/566657/sultan-ahmad-shah-mangkat

Tengku Ahmad Shah telah diputerakan pada jam 12:00 tengah hari, 24 Oktober 1930 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah, Sultan Pahang III,[2] di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baginda turut belajar asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.

Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.

Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.

Sultan Ahmad Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Pahang moden yang ke-5 pada 8 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.

Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.

Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran Paduka Ayahanda.

Leave a Reply

Translate »