• Produk Shaklee,  Set Berpantang

    APAKAH SET BERPANTANG PERTAMA YANG ANDA PERNAH GUNA?

    Jun masa berpantangkan Faqeh dulu bukan satu tapi Jun guna 2 set berpantang, Set Berpantang Mustika Ratu dan lagi satu set berpantang HPA. Masa ni mak Jun nak Jun guna set JAMU INDONESIA. Elok untuk dalaman kata mak. Set HPA ni pulak suami Jun yang belikan. Jadi dua-dua Jun guna lah cuma kedua-duanya pun tak habis guna. Biasanya untuk anak pertama agak susah untuk ibu-ibu putuskan set berpantang yang serasi dengan diri masing-masing kan? Apatah lagi jika tiada sumber untuk di rujuk. Selepas Jun menggunakan set Mustika Ratu ini baru lah Jun tahu yang Jun tidak berapa serasi untuk set berpantang jenis jamu atau herba yang panas. Bukan semua orang…

  • Blogging,  Fun With Kids,  Homeschooling,  Parenting

    RoadSchooling: Pasar Pagi

    EXPLORE DUNIA SEKITAR Hana ke pasar dengan abah hari ini. Orang sini panggil Nat. Macam-macam yang dijual disini. Dari yang biasa-biasa sampai yang luar biasa. Kalau dulu rimas nak bawa anak-anak ke tempat macam ni. Takut anak-anak minta macam-macam, meragam dan lain-lain tapi jika kena dengan cara, banyak anak-anak boleh belajar dari aktiviti ke pasar pagi ni. Antara tips nak bawa anak keluar ke pasar ni: Terangkan dulu pada anak di rumah tujuan nak ke pasar. Contohnya “Harini Hana ikut ibu ke nat/pasar, kita belajar pasal ikan, sayur dan buah-buahan. Lepas tu kita nak beli barang untuk masak! Hana nak tolong ibu masak?” Elakkan lalu di kawasan gerai yang anak…

  • Blogging

    DIY Berus Lukisan

    Pernah tak mak ayah hadapi situasi beli pensil kaler 12 batang akhirnya tinggal sebatang? Beli berus lukisan 2 batang akhirnya terus tak nampak bayang batang berus tu! Aktiviti minggu ini adalah menghasilkan berus lukisan dengan bahan sedia ada di sekitar kita ha! Menarik dan jimat projek ini. Paling ringkas dan cepat serta menjimatkan!    Bahan-bahan DIY Berus Lukisan adalah: Ranting kayu  Sedikit sabut kelapa (Juga boleh gunakan bahan lain seperti rumput kering) Benang guni Cara-cara: Ambil beberapa urat sabut kelapa mengikut tahap ketebalan berus lukisan yang diperlukan. Ikat pada ranting kayu seperti gambar di bawah menggunakan benang guni. Berus lukisan sedia untuk digunakan. Tada! siap berus lukisan buatan sendiri!  Hasil…

Translate »