Berapa ramai di kalangan ibu-ibu yang melahirkan bayi dan sehari selepas itu bayi terus terkena jaundis atau kuning? Jun nak kongsi pengalaman 2 anak sebelum ini yang mengalami jaundis selepas lahir. Ketika melahirkan anak pertama, hari kedua doktor sahkan yang faqeh terkena jaundis, tapi masih dengan bacaan yang terkawal dan boleh balik. Tapi akan ulang alik ke hospital untuk dipantau bacaannya. Alhamdulillah selepas 5 hari bacaan kuning makin menurun dan selepas 7 hari terus hilang. Apabila mengandungkan anak kedua. Jun seolah-oleh terlupa tentang masalah jaundis ini. Jadi tiada apa2 prevention yang Jun buat ketika mengandung untuk mengelakkan kuning bayi selepas lahir. Kemudian setelah Hana lahir, seperti biasa hari ke 2…