Our Journey

Kuasa Minda & Nat Pokok Getah | Hafiz Juniza

Biasanya kalau saya ke pasar akan beli ikan temenung (kembong). Tapi tadi tergerak hati nak beli ikan sardin. Duit RM10 dan ikan sardin bertukar tangan.

10 minit kemudian dapat whatsapp.
“Abang beli ikan sardin”.ย 

Minggu lepas. Si isteri ke Nat Kodiang. Saya di rumah. Call isteri nak order putu mayung. Tapi tak dapat. Rupa-rupanya beliau dah beli putu mayung tu.

Kejadian macam ni bukan sekali dua jadi. Banyak kali dah. Anda ada pengalaman?

 

NAT AHAD @ NAT POKOK GETAH

DI Perlis ni terkenal dengan nat-nat atau bahasa bukunya Pasar Pagi. Mungkin asal bahasa Thailand kot nat ni. Dalam banyak-banyak nat yang paling terkenal dan best adalah Nat Ahad @ Nat Pokok Getah. Terletak di Pauh, Arau. Boleh waze aje mesti sampai.

 

Istimewa Nat Pokok Getah ni sebab terletak betul-betul dalam Kebun Getah. Jadi redup je kawasan ni. Nat ni ada 4 zon. Zon barang basah, Zon Makanan, Zon Pakaian Baru & Terpakai dan Zon ‘Karat’.

ZON BARANG BASAH

Macam pasar pagi yang lain sini ada segala jenis ikan, ayam segar, daging segar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ada juga yang jual puyuh dan ikan darat macam ikan haruan, sepat dan keli.

 

ZON MAKANAN

Zon ni pulak ada macam-macam jenis makanan siap di makan. Dari kuih-muih, nasi berlauk, nasi lemak, minuman, satay dan macam-macam lagi la.

 

ZON PAKAIAN BARU & TERPAKAI

Zon ni ada macam-macam jenis pakaian (of course la baju wanita yang banyak). Paling best pakaian terpakai (bundle) dekat sini memang cantik dan elok. Bayangkan kemeja yang branded harga dalam RM5-RM10 aje.

 

ZON ‘KARAT’

Sini la zon perang sebenar Nat Pokok Getah ni. Dulu dua tiga gerai aje. Sekarang dah dekat 20 gerai. Apa yang dijual kat sini? Barang-barang antik, barang-barang terpakai (chainsaw,mesin rumput, circle saw dan macam-macam lagi la). Kalau nak cari charger handphone zaman 90-an dulu pun ada kat sini ha.

 

Pendek kata, kalau saya nak cuci mata sinilah tempatnya. Tak reti nak cuci mata dekat Pavilion ke KLCC ke tu. Kira macam terapi gak la pergi sini.

 

So kalau datang ke Perlis pastikan Nat Pokok Getah masuk dalam list. Tapi hari Ahad je la. Hari Jumaat ada jugak tapi tak le semeriah hari Ahad. Waktu dia dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Punyala ramai manusia masa cuti Tahun Baru Cina baru ni. Masyuk la orang jaga parking. Hahaha.

Nota kaki: Ikan temenung RM2 sekilo. Borong 2 kilo. Limau mandarin RM10 2 kilo. Tahun Baru Cina berapa puluh biji buah limau dah masuk dalam perut. Ada bahan ketagihan ke dalam limau ni?

 

59 Comments

Leave a Reply to Surijunior Cancel reply

Translate ยป
%d bloggers like this: