|
Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang tersendiri.Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.
Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.
Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee “Thoughtsmanship.”
Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.
Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.
Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who’s Who in the West, Who’s Who in America, Who’s Who in the World dan the International Register of Profiles.
- Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal
- Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.
Peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, Shaklee terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.
Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!
Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.
Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.
Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
- TIDAK Mengandungi Paraben
- TIDAK Mengandungi Triklosan
- TIDAK Mengandungi Phthalates
- TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
- TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
- TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
- TIDAK Mengandungi Glikol
- TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
- TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
- TIDAK Mengandungi Ammonia
- TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
- TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
- TIDAK Mengandungi Formaldehyde
- TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
- TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
- TIDAK Mengandungi Toulene
- TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
- TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
- TIDAK Mengandungi Pewarna
- TIDAK Mengandungi Lemak Trans
- TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
- TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
- TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
- $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
- Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
- 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
- Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa - 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
- Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
- Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
- Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
- Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
- Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
- Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
- Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
- Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
- 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
- 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
- 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
- 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
- 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California