Blogging

PENGALAMAN SAYA & 3 TIPS KURUS DENGAN CEPAT

Topik paling panas bila nak masuk tahun baru atau nak masuk bulan Ramadan. Semua mengimpikan untuk dapat kurus dengan cepat sebelum masu fasa atau musim tertentu. Sebagai contoh nak hadap tahun baru atau musim perayaan. Risau kena sindir atau baju raya tak nampak hellok bila dipakai. Saya pun pernah fikir macam tu. Asal nak masuk tahun baru azamnya adalah nak turunkan berat. Tapi azam kekal renew setiap tahun. Hahaha. Jangan gelak. Korang pun sama kan?

Tapi kali ni saya nak share 3 tips kurus dengan cepat yang saya sendiri buat. Kali ni betul betul berjaya setelah beberapa kali cuba untuk turunkan berat. Memang tanpa displin dan mental yang kuat tak menjadi. Nak turunkan berat bukan semangat yang paling utama. Tetapi disiplin yang superb tinggi. Sebab kita bila dah bekerja semangat ke tak semangat tetap kena pergi kerja kan? Jadi anggaplah proses turunkan berat tu macam nak pergi kerja. Rasa letih ke, hilang semangat ke tetap pergi kerja. Ha gitu.

Sebelum saya share 3 tips tu, saya cerita sikit kisah saya dulu. Pengalaman saya membesarkan badan. Sebenarnya saya ni kurus kering dulu. Ni waktu sekolah hinggalah belajar masa diploma. Tahap kurus kering saya tu sampai malu kalau nak buka baju depan kawan-kawan. Sebab memang nampak tulang rangka tu. Boleh buat gitar. Hahaha.

Ok meh nak belanja sikit gambar gambar kurus dulu. Ahaha. Selalu la pos kan dengan caption “saya pernah kurussss”.

Dengan misai secoet gitu. Masa ni 2005 rasanya.
Masa belajar.

KISAH BADAN MAKIN BESAR

Lepas habis belajar 2008. Saya perasan waktu tu badan dan mula berisi. Di Indonesia makanannya memang kena dengan selera tekak saya. Di Provinsi Jambi (tempat saya belajar) memang makanan terkenalnya Gulai Tempoyak Ikan Patin sama dengan tempat lahir saya di Pahang. Saya memang hantu gulai tempoyak. Harga pulak murah. Boleh dikatakan hari-hari dengan gulai tempoyak ikan patin. Sebab boleh dikatakan semua kedai ada gulai tempoyak ikan patin dah macam ayam goreng je.

Tahun 2008 saya mula bekerja jadi memang dah tak bersukan. Hidup pergi kerja, balik kerja. Makan tidur. Hidup sorang-sorang lagi masa tu. Masa tu saya menetap dan bekerja di Pulau Pinang. Tau sajelah makanan di Pulau Pinang macam mana kan. Pukul 12 malam pun hadap nasi dengan sup ekor lagi. Jadi badan saya memang naik mendadak. Kita je yang tak sedar. Jadi badan saya besar ni memang sejak sebelum kahwin lagi. Ok kita belanja gambar masa badan besar pulak. hahaha.

Ni sebelum kahwin tau.
Gorgon melangkah.
Bila dah kahwin lagi la.
Masa ni dok rasa macam kurus. Rupanya bila tengok balik gambar. alahai bulatnya.
πŸ˜€

BEST KE BADAN BESAR?

Pernah tak dengar ayat-ayat “Biar gemuk janji sihat”, “Gemuk aku pun tak kacau orang”, “Gemuk kan comel”.

Pernah kan dan itulah jugak ayat-ayat backup saya masa tu. hahaha. Sebenarnya nak sedapkan hati je. Mana ada bila badan dah besar tak sakit-sakit. Paling tidak susah kita nak bergerak. Kalau kita jatuh sakit memang tak dapat tidak kita akan susahkan orang.

Bab nak mencari baju memang seksa sampai satu tahap dan takda keinginan nak beli baju. Paling selesa pakai jubah dan kain pelikat. Mudah. Free size. hahaha. Saya memang terseksa kalau pakai seluar. Kalau duduk rumah, pergi pasar nak drive jauh-jauh memang selesa pakai kain pelikat atau jubah sahaja. Comfort zone kan?

TURNING POINT

Nak capai part turning point ni sebenarnya lama. Setelah berkahwin 11 tahun. Awal tahun 2022 adik saya paksa untuk buat cek gula sebab tengok saya memang selalu minum air manis, makan tak jaga. Setelah dipaksa untuk cek, bacaan menunjukkan 14 mml dalam keadaan berpuasa! Pucat muka! Pakej leteran dari adik dan kerisauan dari mak. Siap suruh rahsiakan lagi dari isteri.

Tapi saya tak terus bertindak. Masih dok rasa ok tu. Nanti-nanti la. Saya cuba untuk senaman tapi agak terbatas sebab saya ada masalah hernia. Bila buat pergerakan lebih skit hernia tu akan attact. Memang sangat sakit. Nanti next time saya cerita tentang pengalaman saya dengan hernia ni ye.

Saya betul-betul mulan program turun berat ni awal Julai 2022. Itupun setelah “dibasuh” oleh leader saya. Cuma saya mula secara berperingkat.

Saya mulakan dengan kurangkan minum air manis, kurangkan portion nasi dan kurangkan makanan-makanan manis dan roti. Jadi peringkat awal ni saya kurangkan je dulu apa yang terlebih makan.

Hujung Julai 2022 saya mulakan program turunkan berat ikut sepertimana leader saya aturkan. Saya cari partner sorang takut gak bila sorang-sorang ni jadi ke laut.

3 Perkara yang saya tekankan. Pemakanan, Senaman dan Suplemen yang betul. 3 perkara ni yang saya disiplin betul-betul tapi dalam masa yang sama tak terlalu extreme dan boleh dijadikan lifestyle sampai bila-bila.

Setiap minggu saya ukur lilit badan dan timbang. Setiap minggu ada penurunan. Dah mula seronok dan enjoy. Saya bermula dengan berat 89KG masa tu. Tapi sebetulnya berat saya dalam lingkungan 89-92KG. Pernah berat saya mencecah 97KG. Menakutkan kan?

HASILNYA

Setelah 3 bulan, saya berjaya kurangkan 14kg. Seluar dari 44 inci dah boleh pakai seluar 36 inci. Bagi saya ini kejayaan yang sangat besar. Berat saya 77KG. Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya berat macam tu. Yang pasti bukan waktu bekerja dan waktu dah kahwin.

Syukur sangat sebab paras gula saya kembali normal. Solat dah selesa untuk tahiyat akhir walaupun pakai seluar (kalau dulu memang tak boleh). Selesa sangat bila pakai seluar walaupun duduk kat rumah. Badan rasa sangat selesa, dan mudah bergerak berbanding dulu.

fbt

3 TIPS

Mari saya huraikan secara ringkas apa yang saya buat .

  1. Pemakanan
    Ubah cara pemakanan kita. Benda yang pantang adalah nasi putih, gula putih dan tepung putih. Segala makanan yang berasaskan 3 benda di atas elakkan. Kalau tak mampu elak terus, elak secara berperingkat. Jangan terburu-buru. Ikut pace kita. Bersaing dengan diri kita sahaja.

    Jadi apa yang boleh dimakan?
    Semua makanan yang tak melibatkan 3 benda tu. Masak Lemak Ayam? Boleh. Ayam goreng? Boleh. Telur goreng? Boleh. Sayur? Lagi la boleh. Sebenarnya bila makan macam ni, kita akan kenyang lebih lama berbanding kita lebihkan nasi. Jangan percaya, buat je dulu.

    Intermittent Fasting – Selain jaga pemakanan saya buat juga IF tapi cukup 12 jam atau 16 jam sahaja. Waktu eating window saya makan setiap 4 jam walaupun belum lapar. Kalau tunggu lapar sangat nanti akan makan terlalu banyak.

2. Senaman
Part ini memang ramai yang macam… aihhhhh… Tu yang keluar produk kurus tanpa senaman la bagai. Sebenarnya walaupun senaman membantu 20% dari program turun berat tetapi dia tetap penting. Kalau takda senaman kita kemungkinan akan naik berat balik.

Susah la nak senaman-senaman ni. Nak kena keluar pakai kasut pakai baju suka. Perempuan lagi susah nak cari baju sesuai la.

Itu alasan je tu. Senaman yang saya buat boleh dilakukan dalam rumah sahaja. Ambil masa 30 minit ke sejam sahaja sehari. Kami panggil senaman ni Power Walk. Ada macam-macam video dekat youtube. Tapi kami dah bereksperimen dengan beberapa jenis video dan dah listkan video-video yang sesuai mengikut fasa. Untuk peringkat awal, boleh buat video di bawah 2 ke 3 set sehari. Durasi video ni 15 minit jadi luang masa dalam 30 ke 45 minit sahaja sehari. Video ni sangat mudah.

https://www.youtube.com/watch?v=6C92d9e-11o

Saya bermula dengan video ni untuk tempoh 2 minggu. Mula buat dua set, kemudian buat 3 set dan 4 set. Bila badan dah selesa dengan video ni. Pejam mata pun boleh buat. Tak rasa lenguh-lenguh. Saya buat video lain. Kalau nak tahu boleh contact saya ya.

Buat senaman macam ni sangat membantu berbanding dengan joging. Sebab joging lebih kepada untuk jantung. Power walk lebih pada untuk aktifkan otot dan otot akan bantu pembakaran lemak. Bukan saya kata joging tak bagus, tapi tengok pada objektif kita.

3. Suplemen yang betul
Bagi saya suplemen sangat-sangat membantu dalam proses saya menurunkan berat. Suplemen yang memberi tenaga dan memulihkan otot seperti protein atau meal replacement, omega 3 dan suplemen yang membantu meningkatkan metabolisme badan.

Sangat berbeze bila saya cuba turunkan berat tanpa suplemen dan dengan suplemen. Perlu diingat suplemen yang betul bukan telan pil terus kurus ye tapi membantu dari segi beri kita tenaga dan pulihkan badan. Jangan termakan dengan promosi-promosi yang terlalu indah.


Sekian saja perkongsian pengalaman saya dalam journey menurunkan berat. Ini hanyalah pengalaman saya yang pernah cuba pelbagai teknik dan akhirnya cara ini paling berkesan. Jika ada pandangan atau pertanyaan boleh tanya di ruangan komen dan saya cuba untuk membalasnya. Terima kasih kerana sudi baca kisah saya.

2 Comments

Leave a Reply to Kak Idah Cancel reply

Translate Β»
%d bloggers like this: