Blogging,  Our Journey

Hari Raya Open House 2023

Salam Aidilfitri 1444H kepada semua pembaca. Mohon Maaf sekiranya ada salah dan silap dari kami sekeluarga.

Dah nak sampai penghujung Syawal pun, berbaki lebih kurang 4 hari sahaja lagi. Waktu ni ada yang nak capai misi habiskan puasa 6 Syawal, ada yang ambil kesempatan untuk adakan Hari Raya Open House.

Makin lama Hari Raya Open House ni dah jadi macam tradisi pula terutama bagi yang tinggal di bandar. Budaya kunjung mengunjung agak kurang sebab masing-masing macam dah terbiasa menunggu undangan rasmi baru ziarah ke rumah rakan-rakan.

Aidilfitri kami kali ini agak berbeza dari tahun yang sebelumnya, sebab keluarga kami diuji dengan demam campak (measles).

Al kisah bermula bila kami dalam perjalanan ke Melaka kerana isteri ada bengkel di sana. Perjalanan ke Melaka pada tarikh 10 April 2023. Sampai di Tapah ketika singgah sahur, suhu badan Faqeh agak tinggi. Tapi kami masa tu buat rileks aje sebab biasanya Faqeh kalau demam sehari dua dah ok.

Nak dijadikan cerita, lima hari kami di sana Faqeh tak menunjukkan tanda-tanda nak sembuh. 13 April 2023 kami gerak balik ke Kodiang. Sampai di Kodiang terus ke Klinik Remedic Kodiang untuk check up. Masa ni Hana pun dah mula demam.

Doktor cakap mungkin demam viral, tengok dua tiga hari kalau demam masih tak ok, buat test influenza sebab simptom-simptom tu ada.

Faqeh dah mula tak makan dan minum. Badan dah mula lemah. 15 April ke klinik lagi untuk buat test influenza. Hasil test negatif dan doktor sarankan untuk rujuk ke hospital untuk buat test demam denggi. Kebetulan tester di klinik tu dah habis dan tengok keadaan Faqeh pun makin lemah.

Terus ke kecemasan Hospital Jitra, buat test demam denggi pun negatif. Cuma masa ni tangan Faqeh dah mula ada bintik-bintik merah. Jadi doktor suspek Demam Campak (measles) cuma kena buat ujian darah dulu la.

Dah dijangka Faqeh kena tahan wad sebab dia dah dehydrate. Hari kedua di hospital, badan Faqeh penuh dengan bintik bintik merah. Tapi dah tak demam. Lagi kuat bukti yang Faqeh ni memang kena demam campak.

Cuma bila binti merah tu makin banyak doktor pakar Hospital Sultanah Bahiyah minta Faqeh ditransfer ke sana.

Dipendekkan cerita doktor sahkan memang Faqeh kena demam campak atau measles. Di rumah Hana pun ada simptom yang sama cuma tak teruk macam Faqeh. Masih boleh makan.

Bila keadaan Faqeh dah makin ok, dah mula makan doktor bagi balik. Lepas beberapa hari ruam campak pun hilang. Hana pun makin hari makin hilang ruam campak.

Tetapi…

Beberapa hari sebelum raya Faheem pulak demam. Simptom sama macam Faqeh. Masa tu dah rancang, kalau Faheem masih demam malam raya, apa perancangan. Memandangkan masa tu mama nak raya di rumah adik bongsu di Sungai Petani.

Lepas bincang dengan isteri kami putuskan malam raya ke rumah adik, beraya esoknya, ke rumah mertua sebelah petang dan terus balik Kodiang untuk kuarantin. Sebab memang confirm ni Faheem mesti nak kena demam campak.

Pagi raya dapat khabar nenek isteri meninggal dunia. Jadi lepas solat aidilfitri saya dan isteri terus ke kampung nenek dan memang tak jauh dari Sungai Petani. Selesai urusan jenazah terus balik ke rumah adik. Anak-anak memang tinggal sebab masing-masing belum betul betul ok.

Dipendekkan cerita malam tu juga balik ke Kodiang. Faheem dah mula keluar ruam dan kami sekeluarga memang tak beraya ke mana-mana.

Elok selesai Faheem baik dari demam, saya pulak kena demam campak atau measles tu. Aih tua tua pun kena. ahahaha. Nak jadi rezeki kan.

Jadi bersambung lagilah tempoh kuarantin kami. Cuma isteri sahaja yang tak kena campak. Tahun ini tak la beraya mana sangat. Takpalah, nanti raya haji kita raya balik. ahaha.

Leave a Reply

Translate ยป