Blogging

DIY Berus Lukisan

Pernah tak mak ayah hadapi situasi beli pensil kaler 12 batang akhirnya tinggal sebatang? Beli berus lukisan 2 batang akhirnya terus tak nampak bayang batang berus tu!

Aktiviti minggu ini adalah menghasilkan berus lukisan dengan bahan sedia ada di sekitar kita ha! Menarik dan jimat projek ini. Paling ringkas dan cepat serta menjimatkan! 

 

Bahan-bahan DIY Berus Lukisan adalah:

  1. Ranting kayu 
  2. Sedikit sabut kelapa (Juga boleh gunakan bahan lain seperti rumput kering)
  3. Benang guni

Cara-cara:

  1. Ambil beberapa urat sabut kelapa mengikut tahap ketebalan berus lukisan yang diperlukan.
  2. Ikat pada ranting kayu seperti gambar di bawah menggunakan benang guni.
  3. Berus lukisan sedia untuk digunakan.

Tada! siap berus lukisan buatan sendiri! 

Hasil lukisan menggunakan DIY berus lukisan

Sebenarnya ranting kayu juga boleh terus digunakan sebagai alat untuk melukis dengan cara mencelup terus ranting kayu tersebut ke dalam dakwat dan mula melukis!

Leave a Reply

Translate »