Blogging,  Our Journey

Bazaar Ramadhan Gunung Keriang

haaa ni fav stall kalau nak beli ayam panggang..super sedap baqhang!

Tahun 2018 ni adalah tahun dimana aku start jalani Industry Attachment di Alor Setar. Gigih berulang alik setiap hari kadang2 naik komuter Kodiang-Alor Setar, kadang2 drive Kodiang – Alor Setar.

Paling best kalau drive ni boleh singgah merata-rata. ha ha. Tambah2 di bulan puasa. Antara laluan yang aku selalu guna untuk ulang- alik selalunya laluan kampung ikut gunung keriang, lalu batas pida kiri kanan bendang, keluar ikut megat dewa, atau amik laluan highway alor setar-jitra atau alor setar- kepala batas – tunjang-kodiang. semua laluan ni best sbb byk bazaar yang aku boleh singgah. tapi yang paling aku suka bazaar laluan Alor Setar – Gunung Keriang. Dia punya bazaar ramadhan meriah, murah dan byk makanan kampung yang aku cari.

tudia ketam goreng tepung! ha ha nampak rangup haha
kambing terguling pun ada
byk pilihan, nak yg besaq yang kecik
air pun meriah, nak warna apa semua ada. yg jernih, yg colorful.
tgk ni, tgk yg ni saja pun dah nampak sedap time2 puasa ni.
variety of kerabu uols..sapa suka mkn kerabu turun tangan! kecur liur tgk weih
karipap gajah! hampa ada?
tgk ni feeling mkn kenduri tak??
popia tudiaaa

Semangat sangat tau kalau sembang bab mkn ni.. ha ha.. kalau siapa2 yang berada di Kedah area2 Alor Setar, Gunung Keriang tu boleh la merasa bazaar ramadhan disini..

sedap, murah, meriah!

Leave a Reply

Translate »