Fun With Kids,  Homeschooling,  Parenting

STEAM project : Apa terjadi pada sisa buangan harian?

Sekarang dah start cuti sekolah. Dah ada aktiviti untuk di buat dengan anak? Kami nak kongsi projek STEAM yang kami buat sempena penyertaan kami dalam MGKC 2018.

Kami mula dengan experiment berkonsepkan Alam Sekitar yang menggunakan bahan-bahan terbuang dan sisa makanan.

TUJUAN EKSPERIMEN:
Melihat apakah bahan yang cepat terurai (biodegradable) dan tidak terurai/mengambil masa untuk terurai.

BAHAN yang digunakan:
1. Tanah
2. cebisan plastik
3. kertas tisu
4. tulang ayam
5. kulit telur
6. sisa nasi

Tarikh mula: 27.11.2018
Tempoh experimen: 1 minggu

Bahan yang digunakan untuk projek kali ini.

Adakah kulit telur akan mereput selepas beberapa hari?

Apa agaknya akan berlaku pada sisa makanan yang kita buang?

sisa buangan organik di tanam bersama dengan sisa buangan bukan organik.

Kenapa sisa buangan perlu mereput?

Eksperimen ini akan berikan pendedahan pada anak-anak tentang pentingnya proses pereputan/penguraian pada alam sekitar.

Bayangkan bahan buangan organik ataupun tidak organik tak melalui proses pereputan silap² bahan-bahan ini akan lebih tinggi dari menara KLCC!

Jika bahan buangan ini tidak mengurai, banyaklah nanti makhluk tidak diundang seperti tikus yang datang dan mendiami kawasan timbunan sisa-sisa yang tak mereput tadi. Bila tikus bertambah, mula lah wabak penyakit pun datang. Sebab itu lah sisa buangan sekarang perlu diasingkan untuk dikitar semula mengikut kesesuaian.

Paling penting, bila bahan buangan ini tak boleh mereput, susah la kita nak membajai semula tanah sbb nutrien² dari microorganisma tak dapat nak diserap kembali ke tanah.

Ha dari projek ini anak-anak boleh nampak dan lebih faham lagi tentang pentingnya proses kitar semula bagi bahan yang mengambil masa yang lama untuk mereput.

#MalaysianGeniusKidsChallenge #mamaq3 #STEAM #MGKC2018 #homeschooling #FunWithKids #Parenting

Leave a Reply

Translate »