Parenting

Siapa Anak Disisi Ibu Bapa?

Cuti berpantang haritu saya ada join kelas Parenting di whatsapp dengan Puan Rehan Sidik. Seronok sangat, banyak ilmu baru tentang parenting dalam tu, walaupun sgt susah nak apply apa yang penting Allah tahu niat ibu masing-masing nak berubah jadi ibu yang luar biasa dan hebat untuk anak-anak. Semoga Allah permudahkan niat kita..amin amin amin!

Sebahagian dari topik kelas Anak Genius#2 by Kak Rehan Sidik membincangkan tentang “Siapa anak disisi Ibu Bapa?”

Rata-rata jawapan diberi masa sesi perbincangan tak ada yang salah, semuanya betul mengikut pandangan masing2, dan ini dari bahagian jawapan Kak Rehan.

a9ead164-1ed3-48ea-a7da-4fa5f2f5cade

Cuma kadang2 kita ni manusia lemah, sangat susah untuk sentiasa beringat tentang siapa anak disisi kita, lalu senang2 kita marah-marah jerit dan naik tangan pada anak..langsung kita terlupa yang dimarah itu la yang bakal mendoakan kita kelak..senang kan kita terlupa? šŸ™

Namun, jangan pulak kita sebagai mak dan bapa utk give up terus. Kita kena usaha untuk perbaiki cara dan kebiasaan kita untuk transform jadi ibu bapa yan luar biasa untuk anak2 kita..tambah2 di akhir zaman penuh pancaroba ni.. lagi lah kita kena balik to basic which is bermula dr rumah! setuju tak?

WhatsApp Image 2017-09-05 at 10.53.41 PM

Sungguh, bila tengok balik gambar Faqeh baru perasan yang anak dah besar dan sekarang tengah lalui fasa “high-level-curiosity”. Banyak sgt soalan keluar dr Faqeh dan tak henti-henti tanya sampai soalan yg ditanya tu lagi susah dari soalan exam nak jawab pun.

Hana juga dah besar dan tinggi hampir sama dgn Faqeh..paling ketara entah dari mana Hana belajar sebut “tanak ah” kalau kita tanya “Hana nak makan nasi?” Pening fikir siapa pulak yg ajar lenggok “ah” kat belakang ayat tu akhirnya saya tanya suami dan ini jawapan suami, “upin ipin la yang ajar. Kan ada upin ipin sebut”.

Hah! nampak tak cepat sungguh anak-anak belajar dan membesar sampai tak sedar yang anak membesar dengan upin ipin sampai diikutnya apa yg upin ipin sebut..huhu..

Muhasabah balik diri kita sebagai parents, dah berapa banyak ilmu dan didikan kita bagi pada anak kita. Masa cepat berlalu..sedar-sedar kita dah tua, tak larat dah nak didik anakĀ  dengan kita dah terbongkok, hehe.. so “start from now, its better late then never” orang kata.

kesabaran paling susah dlm mendidik. Di doakan agar kita kuat dan tinggi kesabaran .

Anak-anak kita, saham akhirat kita. InshaAllah. Aamiin.

kita kena kuatkan diri untuk berubah Bukan paksa anak berubah..

#ebookSkilParenting
http://1.powerparenting.my/ebook/anakgenius

Nota Kaki Anak Genius #2:

Ibu yang baik, ibu yang sentiasa membahagiakan

?Amin3..untuk kita semua?jumpa lagi!

Leave a Reply

Translate Ā»