AJAR ANAK TENTANG KEJURUTERAAN SEDARI KECIL
Semasa kami mula-mula hantar Faqeh ke Maahad Al-Fateh, salah satu elemen yang kami mahukan untuk anak kami adalah “added value” yang ada. Kami tertarik melihat salah satu aktiviti di sekolah untuk pelajar secondary adalah memasang Salt Robot. Robot ini menggunakan kuasa garam untuk bergerak. Jika dilihat dari segi ini, anak-anak tidak lah bersusah payah mengerah otak menghafal teori tapi sebenarnya dari sini anak-anak belajar untuk memahami konsep bila anak-anak dapat pasang dan tengok sendiri macam mana ia terhasil. Alahai, macam kita lah nak belajar buat kek, jika diceritakan saja begitu begini tapi tak nampak dengan mata, tidak pulak dapat sentuh dengan tangan, jenuh jugak nak menghafal dan memaham cara nak buat kek tu, betul?
Bila dapat tahu Mama Q Tri nak datang ke utara untuk buat Bengkel Robot for Kids, terus kami isi form utk join. Bayaran RM55, anak-anak dapat satu Kit untuk hasilkan Robot yang boleh melukis, makan dan minum disediakan, ibu bapa juga boleh hadir, sijil untuk anak-anak juga ada. Paling best, workshop ni beri pendedahan baru pada anak-anak, baru mereka tahu yang ada perkara yang lebih menyeronokkan daripada menonton TV semata-mata. Ha Ha!
MELATIH FOKUS DAN MENDENGAR ARAHAN
Melalui bengkel macam ni juga sebenarnya anak-anak belajar untuk FOKUS dan MENDENGAR ARAHAN. Mama Q memberi arahan kepada anak-anak cara memasang kit robot ini dan penting kepada anak-anak untuk fokus supaya dapat pasang robot ini. Boleh bayang tak reaksi anak-anak kalau semua orang dapat pasang tapi dia masih belum siap-siap pasang kerana hilang fokus? :p
TERUJA DAN SERONOK
Bila masing-masing dah siapkan robot kit, seterusnya adalah perlu tengok hasilnya, berfungsi atau tidak robotnya? Hah rupanya robot kit ni bukan setakat bergerak saja tapi siap boleh melukis lagi! Bayangkan anak-anak yang hadir, dari habis bengkel sampai ke esok petang masih bercerita tentang robot yang di pasang.
MERANGSANG KREATIVITI DAN POTENSI
Satu perkara yang kita harus akui adalah setiap anak mempunyai bakat tersendiri, menjadi tanggungjawab kita untuk meransang kreativiti dan potensi dalam diri anak-anak. Melalui bengkel ini juga sebenarnya kita dapat melihat bakat dan potensi dalam diri anak-anak. Inshaallah, bengkel seperti ini bukan lah satu pembaziran atau buang masa baik untuk diri kita mahupun untuk anak-anak.
Sijil yang disediakan untuk bengkel ini juga pada kami penting sekiranya anak-anak sudah memasuki persekolahan. Boleh dikumpul sebagai aktiviti ko-kurikulum anak dan diguna pula bila perlu nanti.
Seronok, seronok dan seronok, insyallah ada rezeki nanti, akan ada lagi bengkel-bengkel homeschooling yang lain di utara. Ada siapa2 disini yang nak join? Jangan lupa follow blog ini untuk update terkini.