Fun With Kids,  Parenting

Menggalakan Perkembangan Sensory Anak

Bukan semua anak-anak berpeluang bermain di luar seperti anak-anak yang tinggal di kampung. Bagi ibu-bapa yang bekerja seharian dan sampai di rumah bila malam hampir menjelang, mengurangkan peluang anak-anak untuk selalu bermain di luar rumah.

Sekali sekala benarkan anak-anak berjalan atau berlari tanpa memakai kasut di atas rumah, di atas pasir, atau di atas batu-batu sungai.

Untuk anak dengan pengalaman pertama mungkin akan merasa takut memijak rumput tanpa kasut untuk kali pertama. Faheem takut bila kali pertama memijak rumput di tepi rumah!

Galakkan juga anak membuat aktiviti melompat dan memanjat untuk menguatkan tulang dan otot. Jika susah untuk membuat aktiviti outdoor, sekarang sudah ada penjual yang menjual alat wall climbing untuk anak-anak. Ada juga di jual peralatan untuk anak-anak memanjat dan bergayut di rumah. Sangat menarik!

Kerapkan anak untuk memijak permukaan yang tidak rata. Tahu kah anda mengapa anak-anak kecil suka memijak-mijak benda, apa yang dijumpai semua dipijaknya. Sebenarnya ini salah satu fitrah anak-anak kecil dalam proses tumbesaran dan development arch pada kanak-kanak.

Jadi ibu-ibu jangan cepat marah jika sekali sekala ternampak anak-anak kita dibawah 5 tahun berlari-lari di luar tanpa memakai kasut! Biarkan mereka explore dan membesar dengan gembira! šŸ™‚

 

 

 

Leave a Reply

Translate Ā»