Fun With Kids,  Homeschooling,  Our Journey,  Parenting

RoadSchooling: Menjelajah Gua Kerbau

Salah satu aktiviti homeschooling anak-anak yang kita boleh buat bersama-sama secara santai-santai adalah ROADSCHOOLING. Tak perlu keluarkan kos yang tinggi, dalam perjalanan balik kampung pun boleh di selitkan aktiviti roadschooling, bawa anak ke pasar kenalkan ikan dan sayur juga dikira roadschooling. Senang kan? Jimat kos, masa dan paling penting anak-anak belajar sesuatu diluar rumah.

Kali ini, Roadschooling Faqeh menjelajah ke Gua Kerbau bersama abah. Kebetulan Gua kerbau ini bersebelahan dengan rumah kami saja. Jadi kami bawa Faqeh jelajah sini dulu.

EXPLORE PERKARA BARU

Salah satu tujuan untuk roadschooling ini adalah untuk beri peluang pada anak-anak explore perkara baru. Selain dari menonton TV, main gadget, dan aktiviti indoor yang lain, roadschooling seperti ini dapat dedahkan anak-anak dengan aktiviti luar yang mungkin lebih mencabar. Seawal usia jika diberi pendedahan boleh melatih anak-anak untuk lebih yakin diri dan berani di masa akan datang.

DEKAT PADA ALAM 

Anak-anak yang diberi pendedahan pada aktiviti luar rumah seperti berkhemah di hutan, membuat kerja-kerja pertukangan atau berkebun sebenarnya dapat meransang minat selain mendekatkan diri anak-anak dengan alam. Ada sesetengah orang seperti saya yang jarang kehutan agak kekok bila berada di dalam hutan. Risau-risau ada serangga naik ke badan. Ada ular terjatuh dari pokok. Haha! Semoga dengan pendedahan awal ini mengelakkan anak-anak menjadi seperti saya!

Nota: Faqeh juga tak berhenti bercerita tentang banyaknya kelawar di dalam gua. Baru dia tahu rupanya keluar tinggal di dalam gua dan tidur disiang hari. Ha ha.

BELAJAR TENTANG SEJARAH DAN GEOGRAFI

Aktiviti menjelajah gua bagi kanak-kanak adalah suatu perkara baru bagi mereka apatah lagi bagi yang seumur hidup tidak pernah masuk ke gua. Sambil berjalan di dalam gua, kita boleh terangkan serba sedikit bagaimana stalagtit dan stalagmit terhasil. Juga diselitkan sejarah tentang Gua Kerbau ini. Tahukah anda, kenapa gua ini di panggil Gua Kerbau?

SEJARAH GUA KERBAU

Ceritanya Gua Kerbau ini mendapat nama kerana terdapat batu yang bentuknya seperti kerbau. Dan gua ini sudah terbentuk hampir 300 juta tahun lalu, dan terdapat bukti alat-alat batu yang dipercayai digunakan oleh manusia zaman neolitik satu masa dulu. Jika dilihat di papan informasi di gua ini. Terdapat fosil yang berusia jutaan tahun yang boleh dilihat di dinding dan lantai gua ini.

Faqeh sedang tunjukkan salah satu fosil yang berusia jutaan tahun di lantai Gua Kerbau.

Kesimpulannya, roadschooling boleh dibuat secara santai bersama family. Salah satu idea roadschooling yang lain boleh juga bawa anak-anak bersama alatan melukis dan mewarna, kemudian ajak anak-anak untuk melukis dan mewarna mengikut apa yang mereka lihat. Biarkan anak-anak express rasa mereka mengikut kreativiti mereka. Sila lah cuba!

Leave a Reply

Translate »