Project

Kongsi Resepi Memasak

Pernah tak rasa sehari tak tahu nak masak apa? Tak tahu nak makan apa. Pernah? Nah tak perlu risau dah selepas ini sebab kami boleh bantu! Kami sudah bangunkan satu blog masakan, blog ini khas untuk resepi masakan, tips masakan, apa saja yang berkaitan masak dan dapur!

BLOG RESEPI MASAKAN
Blog ni kami bangunkan untuk bantu sesiapa yang mengalami simptom dah “tak tahu nak masak apa harini” atau sudah boring dengan menu yang sama. Kami cuba bantu dan kami juga dibantu oleh beberapa penyumbang resepi yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Perlis, ada juga dikalangan penulis dari orang ramai yang ingin berkongsi kemahiran dan resepi memasak masing-masing. Saya juga salah seorang daripada yang berkongsi. Hehe.

MENCARI PENULIS KONTEN BLOG
Memandangkan blog koleksi memasak ini masih baru, jadi kami masih membuka peluang jika ada di antara anda diluar sana yang ingin menjadi penyumbang kepada konten resepi di blog koleksi memasak ini. Boleh contact kami di link ini https://koleksimemasak.wordpress.com/contact/ untuk kami invite sebagai contributor.

BANTU KAMI SEBARKAN BLOG INI
Jika anda rasa blog ini memberi manfaat, bantu kami sebarkan link blog kami dengan cara share, atau copy dan paste link blog ini kepada kawan-kawan atau share terus di facebook anda.

Saya mewakili tim penulis konten blog koleksi memasak mengucapkan terima kasih untuk anda kerana menyokong kami! 🙂

KLIK BAWAH UNTUK KE PAUTAN BLOG KOLEKSI MEMASAK DENGAN RESEPI WAFFLE RANGUP:

Leave a Reply

Translate »